Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taf.si.ran] | تفسيرن

Definisi : 1. penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir; 2. hasil mentafsirkan, pengertian, pendapat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taf.si.ran] | تفسيرن

Definisi : keterangan dan penjelasan (maksud ayat dll), kupasan, ulasan: ada manusia yg salah ~ meng­anggap sajak Salim berunsur cercaan; berbagai-bagai tafsiran telah diberi terhadap kenya­taan tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taf.si.ran] | تفسيرن

Definisi : penjelasan me­nge­nai maksud sesuatu ayat dll: Berbagai-bagai ~ telah diberikan ter­hadap kenyataan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tafsir
Kata Terbitan : tafsiran, mentafsirkan, pentafsir,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ARMINIUS, JACOBUS

Arminius, Jacobus (1560–1609) ialah ahli

teologi Belanda. Dia cuba memberi satu tafsiran

tentang pandangan penganut berfahaman Calvin

yang amat taksub tentang takdir , kenyataan

bahawa Tuhan telah memilih tanpa syarat, siapa

yang akan diselamatkan dan siapa pula yang akan

dilaknat. Arminius menafikan takdir secara mutlak.

Dia menyampaikan ajaran bahawa takdir

berasaskan bahawa Tuhan mengetahui terlebih

dahulu siapa yang percaya kepada Jesus.

Bagaimanapun, setiap individu masih boleh

menolak seruan murni Roh Kudus dan hilang

penyelamatnya. Oleh itu, adalah tidak benar

bahawa setiap orang akan terjamin untuk

terselamat daripada dosa pembalasan. Doktrin

Arminius ini dinamakan Arminianisme.

UMUM 
PERAKAUNAN

Perakaunan ialah penyediaan dan analisis rekod

kewangan bagi syarikat swasta, kerajaan atau

organisasi lain. Perakaunan membolehkan tafsiran

maklumat kewangan dan hasilnya digunakan untuk

perancangan masa depan. Contohnya, data-datanya

dapat menunjukkan kepada eksekutif, produk atau

jabatan yang berprestasi baik atau tidak baik.

UMUM 
SOLTI, SIR GEORG

Solti, Sir Georg (1912–1997) ialah pemimpin

orkestra simfoni dan opera yang terkemuka.

Dia menjadi terkenal kerana tafsiran karya

romantiknya, khususnya simfoni Anton Bruckner

dan Gustav Mahler serta opera Richard Wagner.

UMUM 
TARAF HIDUP

Taraf hidup biasanya merujuk kepada taraf

ekonomi yang dicapai oleh seseorang individu,

keluarga atau negara. Taraf hidup boleh diukur

melalui nilai barangan dan perkhidmatan yang

dihasilkan atau digunakan oleh individu, keluarga

atau negara dalam satu tempoh waktu yang

ditetapkan. Tafsiran lain tentang taraf hidup adalah

berasaskan matlamat yang ditetapkan oleh orang

ramai untuk diri mereka sendiri sebagai pengguna.

Dengan kata lain, apabila seseorang mempunyai

jumlah yang mencukupi dari segi keperluan untuk

hidup dengan selesa dan gembira, mereka telah

mencapai taraf hidup mereka.

UMUM 

Kembali ke atas