Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taha


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH TAHA

Surah Taha ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-20 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 135 ayat.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai sebab nama

surah ini diberikan. Pendapat pertama mengatakan

bahawa ia seperti surah yang lain yang pada

permulaannya terdapat ungkapan Ha Mim atau

Lam Mim dan lain-lain. Pendapat kedua

mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w.

sembahyang dengan mengangkat sebelah kakinya

dan menetapkan yang sebelah lagi, maka Allah

S.W.T. menurunkan ayat, Taha, bermakna

“Rendahkanlah dirimu ke bumi dengan kedua

belah kakimu”. Pendapat ketiga mengatakan Taha

adalah perkataan daripada bahasa ‘ajam (bukan

Arab) yang bermaksud “Wahai lelaki”. Pendapat

yang akhir mengatakan bahawa Taha merupakan

salah satu daripada nama-nama Nabi s.a.w.

UMUM 
ABBAS MOHD. TAHAABBAS  MOHD. TAHA (1885-?  ), penulis dan penerbit Singapura. Dia lahir di Tanjung Pagar, Singapura. Bapanya dikatakan berasal dari Minangkabau tetapi menetap di Singapura. Sejak kecil lagi dia telah dihantar oleh bapanya ke Makkah untuk mempelajari agama Islam. SASTERAKonsep
TAHAWIY, ABU JA‘FAR AL-

Tahawiy, Abu Ja‘far al- (238–321 H./852–935 M.),

perawi dan ahli hadith. Nama sebenarnya ialah

Ahmad ibn Muhammad ibn Salamah Abu Ja‘far al-

Tahawiy. Dia berasal dari Taha, sebuah kampung di

dataran tinggi Mesir. Dia ialah ahli fiqh yang

terkenal dengan bukunya “al-Aqidat al-Tahawiyyah” .

Dia mempelajari ilmu fiqh mazhab Syafi’i melalui

bapa saudaranya al-Muzaniy, ulama mazhab Syafi’i.

UMUM 
ABDUL TALIB MOHD. HASSANABDUL TALIB MOHD. HASSAN (1947-   ), penulis. Dia lahir pada 11 Oktobeer 1947 di Teluk Intan, Perak. Abdul Talib pernah memakai nama pena Aini Airani, al-Taha, A.Talib Hassan dan Khaili Mutalib. SASTERAKonsep
NERACA

NERACA, majalah tulisan Jawi yang diterbitkan pada tahun 1911 di Singapura.  Pengarang majalah ini ialah Haji Abbas Mohd. Taha, bekas penolong pengarang al-Imam dan juga sahabat kepada Syekh Tahir Jalaluddin.  Dia juga telah mengambil alih pengurusan Matbaah al-Imam pada tahun 1908.  Majalah ini diterbitkan ekoran pemberhentian majalah al-Imam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan

Kembali ke atas