[ta.hal.lul]/[ta.hal.lul] | تحلل
Definisi : Ar perbuatan mencukur dan menggunting rambut utk melepaskan diri drpd ihram selepas melakukan ibadah haji dan umrah; bertahalul melakukan tahalul: bercukur atau bergunting rambut, sekurang-kurangnya tiga helai, kerana ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.hal.lul]/[ta.hal.lul] | تحلل
Definisi : 1 (dlm keadaan) dihalalkan melakukan sesuatu yg dilarang atau yg disyaratkan dlm mengerjakan ibadat haji atau umrah setelah selesai mengerjakan rukun atau beberapa rukun. 2 perbuatan bercukur atau menggunting rambut utk melepaskan diri drpd ihram dlm melakukan ibadah haji atau umrah. bertahalul bergunting atau bercukur utk melepaskan diri drpd ihram dlm melakukan ibadah haji atau umrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)