Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.han] | تاهن

Definisi : 1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dll): perkakas itu kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun; 2. sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dll): orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lama­nya; 3. dapat menguasai dirinya, betah: mereka hendaklah ~ menyimpan rahsia; 4. tidak mudah jemu (kasihan dll), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dll: mana ~ makan ubi tiap-tiap hari; 5. mencukupi, memadai (pd makanan, bekalan, dll): beras ini ~ utk seminggu; 6. tidak roboh (runtuh), kuat: bahagian hadapannya ditopang dgn dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus; 7. lebih baik, bertambah baik (drpd sakit), sihat sedikit: semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air; ~ api tidak boleh terbakar, kalis api; ~ besi (peluru, tembak) tidak lut senjata, kebal; ~ cuci tidak turun warna (apa­bila dicuci); ~ gelombang (ombak) dapat belayar dgn baik (tidak oleng); ~ harga tetap harganya (tidak turun harganya); ~ hati cekal atau teguh hati; ~ hina tidak lekas marah apabila dihina; ~ kias tidak lekas menjadi marah apabila disindir; ~ kulit Jh tidak lut senjata; ~ lama tidak lekas rosak atau busuk; ~ lapar kuat berlapar; ~ lasak a) kuat dan cekap membuat kerja; b) teguh, awet (pakai­an); ~ palu (pukul) tidak sakit jika dipukul; ~ sabar sabar, tidak pemarah; ~ sesah tidak turun warna; ~ tangan tidak sakit kena pukul; ~ tonggak Mn ditanggung oleh tonggak; ~ uji a) boleh diuji; b) terbukti kebaikannya (keelokannya dll); bertahan 1. tidak berganjak (dr tempat atau kedudukannya), tidak undur: mereka ~ hingga musuh berundur kembali; 2. = ~ diri mem­pertahankan diri (drpd serangan, ancaman): Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yg tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~; 3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati: penjudi yg sedang malang nasibnya, kalah dlm perjudian, namun dia ~; Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Benda­hara, tiada mahu Makhdum ~; 4. mencukupi (utk beberapa lamanya): kalau kita berhemat, akan ~ juga; 5. sl tersekat, terhambat: barang siapa dapat memanah pohon lontar yg hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini; ~ larat = bertahan-tahan larat a) mengurang­kan kesukaran yg dideritai; b) mempertahan­kan supaya tahan lebih lama lagi, melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan; menahan 1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dll), menghentikan, menyekat: ada sebuah tandup yg ~ air sungai itu utk digunakan di sawah; 2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga: mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu utk ~nya supaya jangan runtuh; 3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dll) berhenti: aku ~ bas itu; 4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dll): ~ diri drpd diper­daya; 5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan): dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu se­pan­jang-panjang sungai itu akan ~ angkat­an dr Sabukit; 6. menguasai perasaan (hawa nafsu dll), mengekang: saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat; 7. tidak memanjangkan (permohonan dll) kpd yg lebih tinggi, tidak disampaikan kpd: surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian; 8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dll): kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yg disuruh masuk; 9. memasukkan dlm pen­jara (utk sementara sahaja), memenjara­kan, mengurung: polis ada kuasa ~ seseorang yg disyaki selama empat belas hari; 10. menye­kat sesuatu drpd sampai kpd yg berhak, tidak memberikan sesuatu kpd yg berhak: permin­taan isteri utk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit; 11. menyimpan (utk persediaan dll): dua karung beras ditahan utk bekalan dlm pelayaran; 12. menguatkan diri supaya sanggup men­derita dll, menderita: dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan; menahani tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah, mengekang, merintangi: barang kehendak kamu tiada aku tahani; maka Makhdum pun terlalu marah men­dengar kata Seri Rama itu, lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu Makhdum bertahan; menahankan 1. menjadikan tahan; 2. meng­gunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya bela­kang­nya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangis­nya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja; mempertahankan 1. mengikhtiarkan su­paya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal): kaum tua mahu tetap ~ adat yg mendapat kritikan paling hebat drpd kaum muda; 2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh: kemerdekaan yg dicapai itu mesti dipertahankan; 3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dll), melin­dungi, membela: jika kompeni menye­rang Bonjol, serahkan pd kami ~ negeri; ~ diri; tertahan 1. dapat ditahan, tercegah, ter­hambat, terhenti, tersekat: maka dilakukan serangan terus-menerus yg tiada ~ oleh musuh; lama dia membiarkan nafasnya ~; 2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dll), sanggup menang­gung (kesakitan dll), sabar: segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~; tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya; tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini; tertahan-tahan tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus: beliau terus bercerita dgn suara yg ~; tahanan 1. sesuatu yg menahan, halangan, rintangan: benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~; 2. simpanan utk masa depan, cadangan, persediaan; 3. sesuatu yg ditahan (orang, barang, dll): kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kpd anak dan isteri orang ~ politik; 4. tempat menah­an orang, penjara: saya telah dilempar­kan ke dlm ~ selama lapan puluh enam hari; 5. perihal menahan (dlm penjara dll): beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah di Kahirah dahulu; ketahanan keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati); pertahanan 1. hal mempertahankan (men­jaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: seka­rang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mem­pertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memper­kukuh ~ negara; penahanan 1. perbuatan menahan (menang­kis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (per­mohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) mena­han orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengu­rung, memenjarakan, dsb utk semen­tara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; penahan orang dll yg menahan, penyekat, perintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.han] | تاهن

Definisi : menahan memasang jerat dll (utk menangkap binatang, ikan, dll): ~ bubu; tertahan (sudah) terpasang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.han] | تاهن

Definisi : ~ turut tali dr puncak tiang ke bibir perahu (kapal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.han] | تاهن

Definisi : 1 tidak mudah rosak (punah, berubah dll); tetap keadaannya walau­pun mengalami berbagai-bagai hal: Kereta ini kalau dijaga dgn baik akan ~ bertahun-tahun. 2 sanggup menderita atau sanggup menanggung sesuatu: Siapa yg ~ menanggung seksaan yg se­kejam itu? 3 boleh cukup; mencukupi; memadai: Beras ini ~ utk seminggu. ~ air tidak dpt dimasuki air. ~ api tidak dpt terbakar. ~ hati teguh hati; cekal hati. ~ lama tidak lekas rosak atau busuk. ~ lasak a. teguh (bkn pakaian, alat dll); tidak mudah rosak. b. kuat dan cekap bekerja. bertahan 1 tidak berganjak dr tempatnya; tidak berundur: Sekarang tentera Parsi ~ di dlm kubunya saja, tidak mahu keluar. 2 = ~ diri menjaga diri drpd serangan musuh. menahan 1 tidak membiarkan lepas (mengalir, lalu dll); menyekat: Batas ini gunanya utk ~ air drpd mengalir keluar. 2 tidak membenarkan masuk, pergi dll: Kerana kami tidak mempunyai surat kebenaran masuk, pengawal itu telah ~ kami di pintu pagar istana. 3 memberi bersokong supaya tidak roboh (run­tuh); menopang. 4 memasukkan ke dlm penjara; memenjarakan: Dia telah ditahan oleh polis selama seminggu. 5 melambai-lambaikan tangan supaya bas (kereta dll) berhenti. ~ jerat a. memasang jerat. b. ki mengenakan atau melakukan tipu muslihat; men­celakakan dgn tipu muslihat. me­nahankan 1 menjadikan tahan; men­­­jadikan tidak mudah rosak dll. 2 meng­gunakan sesuatu utk menahan. mempertahankan 1 menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah: ~ adat. 2 menjaga supaya tidak diserang (dikuasai, dirosakkan dll); melindungi: ~ tanah air drpd serangan musuh. tertahan dpt ditahan; tercegah; terhenti; tersekat: Serangan pasukan keselamatan tidak ~ oleh musuh. tertahan-tahan tidak berapa lancar (bkn sesuatu); terputus-putus; terhenti-henti. tahanan 1 orang, barang dll yg ditahan: Kerajaan membantu dan memberi layanan dgn baik kpd anak dan isteri orang-orang ~ politik. 2 tempat menahan orang; penjara: Dia telah dimasukkan ke dlm ~ selama sebulan. 3 tindakan menahan (dlm penjara dll): Beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dlm ~ rumah suatu masa dahulu. ketahanan sifat atau keadaan tahan; kekuatan. pertahanan 1 perbuatan atau hal bertahan. 2 sesuatu yg digunakan utk mempertahankan atau utk melindungi. penahanan perihal (perbuatan dsb) menahan. penahan orang dll yg menahan; penyekat; penghalang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Tahan punai kena merbuk,
     Merbuk bersarang di kayu jati;
Dah tahu benda tu mabuk,
     Sahaja nak cari mati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Tahan jerat sorong kepala.

Bermaksud :

Hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yang mendapat celaka.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELULI TAHAN KARAT

Keluli tahan karat ialah nama kumpulan keluli

aloi yang tahan terhadap pengaratan dan bentuk

kakisan lain. Sebagai kumpulan, keluli tahan karat

kelihatan menarik dan mudah disenggara. Keluli

jenis ini menunjukkan keutuhan dan kemuluran

yang luar biasa dan unik dari segi ketahanan umum

terhadap cuaca serta kebanyakan jenis bahan

pengakis lain. Kebanyakan keluli tahan karat yang

digunakan di kediaman digilap dengan baik dan

kelihatan bersinar bak perak tetapi keemasan ini

tidak diperlukan untuk menghalang kakisan. Keluli

dengan lapisan tahan karat pula biasanya ialah

keluli biasa yang disadur dengan selapisan keluli

tahan karat pada satu bahagian atau kedua-dua

bahagian permukaannya.

UMUM 
GUNUNG TAHAN

GUNUNG TAHAN, Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Kemuncaknya setinggi 2207 m dari paras laut. Gunung Tahan terletak di utara negeri Pahang berhampiran dengan sempadan Kelantan dan merupakan kemuncak Banjaran Gunung Tahan. Banjaran ini terdiri daripada batuan enapan kuartzit konglomerat, batu pasir dan syal yang telah dilipat zaman lampau. Sepanjang banjaran ini mempunyai permukaan yang kasar akibat ketahanan batu kuartzit daripada diluluhawa. Satu lagi ciri yang luar biasa di Banjaran Gunung Tahan ialah liputan tumbuh-tumbuhan yang nipis kerana tanahnya tidak subur. Kesinambungannya banjaran ini terganggu oleh Sungai Rompin. Banjaran ini memanjang ke selatan sebagai bukit-bukit rendah di sepanjang tengah dan timur Johor dan sebagai bukit Mount Faber di Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SINDROM KURANG DAYA TAHAN PENYAKIT

Sindrom kurang daya tahan penyakit lihat

AIDS.

UMUM 
PUTERA GUNUNG TAHANPUTERA GUNUNG TAHAN, novel karya Ishak Haji Muhammad.  Novel ini diterbitkan pada tahun 1938 oleh Jamiliah Press, Muar. Novel ini telah dicetak kali kedua oleh Geliga Ltd., Singapura pada tahun 1957 dan oleh Pustaka Budaya Ageng, Petaling Jaya pada tahun 1973.  Cetakan pertama dan kedua menggunakan tulisan Jawi sementara cetakan ketiga menggunakan tulisan  Rumi.SASTERAKarya
AIDS

AIDS ialah peringkat akhir jangkitan yang

mengancam nyawa akibat virus kurang daya tahan

(HIV). AIDS ialah akronim bagi sindrom kurang daya

tahan penyakit. Nama ini merujuk kepada hakikat

bahawa HIV merosakkan dengan teruk sistem imun

melawan penyakit pada pesakit. Kes AIDS pertama

kali dikenal pasti pada tahun 1981 di Amerika

Syarikat, tetapi penyelidik telah mengesan kes ini

seawal tahun 1959. Berjuta-juta kes AIDS telah

didiagnosis di seluruh dunia.

UMUM 
MINYAK LINSID

Minyak linsid diperoleh daripada biji flaks. Ia

adalah sejenis minyak pengering – iaitu, ia

menyerap oksigen dari udara untuk membentuk

satu lapisan teguh yang tahan pecah, serpih, dan

tahan perubahan cuaca. Minyak linsid digunakan

terutamanya dalam dakwat percetakan, cat, varnis,

linoleum, dan lain-lain keluaran perindustrian. Di

samping itu, ia kadangkala digunakan sebagai

rawatan pelindung bagi konkrit.

UMUM 
NOMBOR OKTANA

Nombor oktana ialah nombor yang menunjukkan

sebaik mana bahan api motor tahan terhadap

“ketukan”. “Ketukan” berlaku apabila bahan api

terakhir dalam silinder enjin terbakar terlalu cepat.

Nombor oktana bahan api motor diketahui dengan

membandingkan kecenderungan ketukan bahan api

dengan kecenderungan ketukan bahan api rujukan

dalam enjin ujian. Setiap bahan api rujukan adalah

campuran heptana normal (bahan api cenderung-

ketukan) dan isooktana (bahan api tahan ketukan).

Heptana normal mempunyai nombor oktana sifar,

dan isooktana mempunyai nilai 100. Bahan api motor

mempunyai nombor oktana 85 jika ia menghasilkan

ketukan yang sama sebagaimana bahan api rujukan

yang terdiri daripada 85 peratus isooktana dan 15

peratus heptana normal. Kebanyakan petrol

mempunyai nombor oktana dari 80 hingga 100. Lihat

juga Petrol.

UMUM 
SNAPDRAGON

Snapdragon ialah sekumpulan tumbuhan tahan lasak yang

bunganya berwarna-warni. Setiap bunga mempunyai dua bibir

yang terbuka seperti rahang apabila sisi dipicit. Lebah madu

membuka bibir bunga ini untuk mendapatkan madu.

Apabila tekanan dilepaskan, bibir bunga tertutup.

UMUM 
SNEEZEWORT

Sneezewort ialah tumbuhan saka yang tahan

lasak yang tumbuh di ladang lembap dan di

sepanjang jalan di Eropah, Asia, dan Amerika

Utara. Ia dinamakan sneezewort kerana baunya

yang kuat menyebabkan sesetengah orang bersin.

Tumbuhan ini tumbuh dari 30 sentimeter hingga

60 sentimeter tingginya. Keseluruhan tumbuhan ini

berwarna kekelabuan dan mempunyai daun yang

panjang, runcing berwarna hijau tua. Bunganya

berwarna putih susu dalam kuntum satu-satu. Ia

mempunyai jambak bunga kecil berwarna putih.

Pengelasan saintifik. Sneezewort tergolong dalam

famili komposit, Compositae (Asteraceae). Ia adalah

Achillea ptarmica.

UMUM 
MARIGOLD

Marigold ialah pohon berbunga tahan lasak yang

biasanya ditanam dalam taman. Ketinggian

Marigold adalah antara 15 sentimeter hingga 90

sentimeter.

UMUM 
1234567

Kembali ke atas