SNAPDRAGON | Snapdragon ialah sekumpulan tumbuhan tahan lasak yang bunganya berwarna-warni. Setiap bunga mempunyai dua bibir yang terbuka seperti rahang apabila sisi dipicit. Lebah madu membuka bibir bunga ini untuk mendapatkan madu. Apabila tekanan dilepaskan, bibir bunga tertutup. | UMUM | |
MARIGOLD | Marigold ialah pohon berbunga tahan lasak yang biasanya ditanam dalam taman. Ketinggian Marigold adalah antara 15 sentimeter hingga 90 sentimeter. | UMUM | |
TALI PINTAL | Tali pintal ialah kord yang tahan lasak yang diperbuat daripada utas serat daun yang kuat, selalunya daripada pokok sisal atau henekuen . Utas ini dicampur dengan abaka untuk membuat gentian manila. Tali pintal dibuat dengan menarik serat hingga menjadi sliver, yang akan disikat dan dipintal menjadi tali. Tali adalah lebih halus daripada kord dan lebih tebal daripada benang. Lihat juga Abaka; Sisal. | UMUM | |
SOLOMON'S-SEAL | Solomon’s-seal ialah tumbuhan tahan lasak yang tumbuh di zon sederhana di Asia dan Amerika Utara. Beberapa tumbuhan yang berkaitan rapat juga diberi nama yang sama. Ia mendapat namanya daripada batang akarnya yang tebal, menjalar, yang mengeluarkan parut ketumbuhan yang menyerupai mohor raja Solomon yang mistik. | UMUM | |
KAP | Kap ialah ikan yang besar dan tahan lasak. Ia boleh hidup di perairan panas, berumpai, dan mengalir perlahan yang kaya dengan krustasea, serangga, dan tumbuh-tumbuhan. | UMUM | |
AVEN GUNUNG | Aven gunung ialah sejenis tumbuhan kecil dan tahan lasak yang hidup liar di kawasan utara dan artik. Aven gunung juga lambang bagi Wilayah Barat Laut Kanada. Tumbuhan ini mempunyai bunga kecil berwarna putih atau kuning dan berbentuk seperti piring. Tumbuhan ini tumbuh di belebas tinggi dan di cerun yang berbatu, di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Pengelasan saintifik. Aven gunung adalah dari famili mawar (rose), Rosaceae. Ia merupakan genus Dryas . Aven gunung kuning yang terdapat di kawasan “Rockies” Kanada (Canadian Rockies) ialah D. drummondii . Aven gunung biasa ialah D. octopetala . | UMUM | |
SAXIFRAGE | Saxifrage adalah mana-mana satu daripada sekumpulan tumbuhan yang kecil, tahan lasak yang tumbuh di bahagian sejuk dan sederhana di Hemisfera Utara. Tumbuhan ini diberi nama saxifrage, yang bermakna pemecah batu , kerana ia biasanya tumbuh pada batu-batan atau di celah batu-batan. | UMUM | |
KACANG BUNCIS BESAR | Kacang buncis besar ialah tumbuhan tahunan yang tahan lasak yang tumbuh sehingga kira-kira 1.8 meter tinggi. Ia ialah tanaman makanan yang penting, terutamanya di Amerika Latin. | UMUM | |
MALAMUTE ALASKA | Malamute Alaska ialah anjing kereta luncur salji yang kuat, tahan lasak dan berbulu lebat, yang berasal dari Alaska. Orang Inuit yang dikenali sebagai Malemiut membiakkan baka ini. Malamute ialah anjing yang besar dan berbadan tegap, yang tingginya sehingga 70 sentimeter dan beratnya kira- kira 50 kilogram. | UMUM | |
SEDUM | Sedum ialah genus (kumpulan) bagi kira-kira 600 spesies tumbuhan hiasan dan tahan lasak. Kebanyakan sedum berasal dari Zon Sederhana Utara. Ia adalah tumbuhan sukulen, atau tumbuhan yang menyimpan air dalam daunnya yang tebal, berisi (lihat Sukulen ). Bunganya berbentuk bintang, berwarna kuning, samar, dan putih, yang biasanya tumbuh kuntum bunga yang leper. Sesetengah sedum mempunyai batang yang rendah, menjalar. Daunnya sering tumbuh bergugus berhampiran dengan tanah. Ia sering digunakan untuk menutupi batu-batan dan tanah gondol. Yang lain mempunyai batang yang tinggi dan digunakan sebagai tumbuhan tepi. Ia juga kadangkala dikenali sebagai stoneerop. Pengelasan saintifik. Sedum tergolong dalam famili orpain, Crassulaceae. Ia dikelaskan dalam genus Sedum. | UMUM | |