Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ha.yul] | تحيول

Definisi : Ar 1. hanya rekaan khayalan belaka (sebenarnya tidak ada), impian sahaja, hanya dlm angan-angan: meramal-ramal itu per­mainan kanak-kanak, ~ orang Melayu; 2. kepercayaan yg karut-karut (kpd sesuatu yg sebenarnya tiada): menurut ~ orang tua-tua bilamana hari kiamat Kara Eng Data akan pulang kembali; ketahayulan sesuatu yg dipercayai sbg tahayul: sains tabii merupakan satu daya yg membebaskan manusia drpd belenggu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ha.yul] | تحيول

Definisi : 1 semata-mata khayalan; hanya dlm angan-angan. 2 kepercayaan yg karut-karut kpd sesuatu yg sebenarnya tiada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahayul (kata nama)
Bersinonim dengan khurafat, ajaran karut, kepercayaan karut.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAHAYUL

Tahayul ialah kepercayaan tradisi bahawa sesuatu

tindakan atau peristiwa boleh mengakibatkan atau

menjadi alamat bagi sesuatu peristiwa akan datang

yang tidak berkaitan. Sebagai contohnya, mereka

yang percaya kepada tahayul akan percaya bahawa

membawa kaki arnab akan membawa tuah. Ada pula

yang percaya bahawa jika seekor kucing hitam

melintasi laluan mereka, sesuatu musibah akan

menimpa. Ada juga yang percaya bahawa tetamu

akan tiba jika pisau atau garpu terjatuh ke lantai.

Kepercayaan begini merupakan tahayul kerana

setiap kali tindakan dan peristiwa yang diramalkan

akan berlaku mengikut adat lama, dianggap

berkaitan. Umpamanya kaki arnab dikaitkan dengan

kesuburan.

UMUM 
SERIGALA JADIAN

Serigala jadian, menurut kepercayaan tahayul,

ialah orang yang menukar dirinya menjadi serigala.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan werewolf

berasal daripada istilah Inggeris Lama, iaitu

werwulf , yang bermaksud serigala-manusia .

Serigala jadian terdapat dalam kebanyakan cerita

lama. Dalam beberapa cerita, ia menukar dirinya

menjadi serigala dengan menyarung kulit serigala

ke badannya, dengan meminum air daripada kesan

tapak kaki serigala, atau dengan menyapu salap

ajaib pada tubuhnya. Dalam cerita lain pula,

manusia ditukar menjadi serigala jadian oleh kuasa

sakti orang lain.

UMUM 
TARIAN RAKYAT

Tarian rakyat adalah tarian tradisional sesuatu

bangsa atau kumpulan etnik. Sepanjang sejarah,

hampir setiap budaya mengasaskan tarian rakyat

mereka yang tersendiri. Tarian rakyat diwariskan

daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Manusia telah mencipta lagu tarian , sejenis muzik

rakyat, untuk mengiringi kebanyakan tarian.

Kebanyakan tarian rakyat asalnya merupakan

satu bentuk keramaian, amalan keagamaan, atau

suatu kaedah untuk mengawal kuasa misteri.

Bentuk dan gerakan kebanyakan tarian ini

berdasarkan kepercayaan tahayul. Misalnya,

beberapa tarian rakyat awal ditarikan dalam bentuk

bulatan kerana manusia percaya bahawa bentuk ini

mempunyai kuasa ajaib. Dalam sesetengah budaya

awal, gerakan yang membentuk bulatan dipercayai

membawa nasib yang baik atau menghalau kuasa

jahat.

UMUM 

Kembali ke atas