LILITAN TAHUNAN | Lilitan tahunan lihat pokok. | UMUM | |
PIMPERNEL | Pimpernel ialah tumbuhan tahunan yang kecil yang tumbuh liar di Eropah dan Asia. Ia kadangkala ditanam di taman dan sering tumbuh liar. | UMUM | |
EASTER | Easter ialah perayaan tahunan Kristian yang paling penting. | UMUM | |
PINGAT CALDECOTT | Pingat Caldecott ialah anugerah tahunan Amerika bagi buku bergambar kanak-kanak yang diterbitkan pada tahun sebelumnya. Ia adalah anugerah pertama yang mengiktiraf kerja-kerja ilustrator buku. | UMUM | |
KEMANGI | Kemangi atau selasih ialah herba tahunan yang digunakan untuk memperisa makanan. Kemangi biasa atau kemangi manis mempunyai daun yang bergerigi tepinya, bunga berwarna putih keungu-unguan. Ia tumbuh setinggi kira-kira 30 sentimeter. Spesies pokok renek tumbuh sehingga 2.5 meter tingginya. Daun kemangi digunakan dalam sup, salad, dan hidangan daging. Kemangi boleh ditanam di laman daripada biji benihnya. Batangnya boleh dipotong dan dikeringkan untuk kegunaan pada musim sejuk. | UMUM | |
KETUMBAR | Ketumbar ialah herba tahunan yang tumbuh di negara-negara di sekeliling Laut Mediterranean. | UMUM | |
KEEMBUNG TAMAN | Keembung taman ialah bunga taman tahunan yang berasal dari India. Ia sering ditanam di taman. Tumbuhan ini tumbuh setinggi kira-kira 75 sentimeter, dan mempunyai batang yang tebal dan berair, dan daun berbentuk lembing berwarna hijau pucat. Bunganya berupa gugusan kelopak yang tidak malar. | UMUM | |
MUSTARD | Mustard ialah nama satu famili tumbuhan tahunan, berdaun yang tumbuh di kawasan sederhana. Serbuk yang dibuat daripada biji jenis mustard tertentu digunakan dalam kuah salad, untuk memperasa daging, dan untuk menyediakan acar dan sesetengah jenis ikan. | UMUM | |
KACANG BUNCIS BESAR | Kacang buncis besar ialah tumbuhan tahunan yang tahan lasak yang tumbuh sehingga kira-kira 1.8 meter tinggi. Ia ialah tanaman makanan yang penting, terutamanya di Amerika Latin. | UMUM | |
PURSLANE | Purslane ialah nama bagi kira-kira 40 spesies tumbuhan tahunan berdaun berisi yang melata. Purslane biasa ialah rumpai di tanah terbiar. Bunganya berwarna kuning dan kembang pada waktu pagi yang cerah. Batangnya boleh tumbuh sehingga 35 sentimeter panjangnya. Subspesies tumbuhan ini ditanam sebagai sayur terutamanya di Eropah. Di samping itu, purslane biasa digunakan di India dan China sebagai herba ubatan, terutamanya sebagai tuam untuk membantu menyembuhkan ulser dan luka . Pengelasan saintifik. Purslane membentuk famili purslane, Portulacaceae.Purslane biasa ialah Portulaca oleracea . | UMUM | |