GIYU-TAI, pasukan tentera sukarela yang ditubuhkan oleh Pentadbiran Tentera Jepun pada tahun 1943. Pasukan ini ditubuhkan sebagai pasukan bantuan untuk mempertahankan Tanah Melayu selepas tentera Jepun mula menghadapi tekanan ketenteraan.
PELITA MALAYA, akhbar harian. Akhbar ini diterbitkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk menggantikan akhbar Suara Rakyat yang diterbitkan di Ipoh, Perak sebelum itu. Naskhah pertama akhbar ini diterbitkan pada 4 Mac 1946. akhbar bertulisan Jawi ini mempunyai moto perjuangannya. ‘Menuju kebenaran, perdamaian dan kemerdekaan bangsa’. Akhbar ini mempunyai empat halaman dengan harga 10 sen senaskhah. Penerbitnya beralamat 79, Jawa Street dan pencetaknya ialah Tai Chong Press, No. 6, Ampang Street, Kuala Lumpur.
Thanks for clicking. That felt good.