HAMZAH HAJI TAIB | | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL TAIB MAHMUD, TAN SRI | Abdul Taib Mahmud, Tan Sri (1936- ) ialah Ketua Menteri Sarawak ke-4. Dia dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak mulai 26 Mac 1981 hingga kini menggantikan Tun Haji Abdul Rahman Ya’kub. | UMUM | |
MADRASAH HAJI TAIB | MADRASAH HAJI TAIB, sekolah agama. Madrasah ini terletak di Parit Jamil, Muar, Johor. Orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan madrasah ini ialah anak-anak Haji Taib. Mereka menamakan madrasah ini sempena nama bapa mereka. Haji Taib berasal dari Tanah Jawa dan membuka kawasan Parit Jamil pada penghujung abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
HUSSEIN MOHAMED TAIB, ORANG KAYA INDERA SHAHBANDAR, DATO' | HUSSEIN MOHAMED TAIB, Orang Kaya Indera Shahbandar, Dato’ (1897-1950), pentadbir. Dia lahir pada 31 Mac 1897 di Pekan, Pahang. Dia adalah keturunan pembesar Bugis-Johor yang telah berhijrah ke Pahang pada abad ke-18. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHD. TAIB OSMAN, DATUK | MOHD. TAIB OSMAN, Datuk (1934- ), ahli akademik dan penyelidik kesusasteraan Melayu klasik dan kebudayaan. Dia lahir pada 13 Mei 1934 di Kampung Kembangan, Singapura. Mohd. Taib mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1941-1945) dan Sekolah Inggeris Rangoon Road (1945-1948). Dia meneruskan pelajarannya di Raffles Institution (1949-1952) dan Universiti Malaya, Singapura (1954-1958) hingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1958). Pada tahun 1961, dia mendapat Ijazah Sarjana Sastera dari universiti yang sama. Ijazah Kedoktorannya pula diperoleh pada tahun 1867 dari Indiana University, Amerika Syarikat. | SASTERA | Tokoh |
T. ALIAS TAIB | T. ALIAS TAIB (1943- ), penyair. Dia lahir pada 20 Februari 1943 di Kampung padang Engku Sar, Batas Baru, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Tengku Alias bin Talib. Dia juga pernah menggunakan nama Ali A.S. dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gong Kapal dan lulus Darjah Tiga (1952). Kemudian, dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (Inggeris), Kuala Terengganu dan lulus peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun 1958. Pada tahun 1968, dia lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). | SASTERA | Tokoh |
MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, DATO' | MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, Dato’ (1953- ), ahli korporat, Ketua Eksekutif Kumpulan PNB (sejak 1995). Dia lahir pada 31 Mei 1953 di Kertau, Chenor, Pahang. Mohd. Hilmey menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Pahang. Dia kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang perakaunan. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan pengkhususan dalam bidang Perakaunan pada tahun 1976. Pada tahun 1990, dia menerima ijazah Master in Business Administration daripada Cranfield Institute of Technology, United Kingdom. Dia juga seorang Akauntan Awam dan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants pada tahun 1980. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LEMBAGA KESATUAN MELAYU JOHOR | LEMBAGA KESATUAN MELAYU JOHOR, persatuan sosial politik tempatan yang berkaitan dengan kebangkitan nasionalisme orang Melayu. Persatuan ini ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1939, dikenal sebagai Kesatuan Melayu Johor. Kewujudan persatuan ini adalah hasil daripada cadangan Dr. Hamzah Haji Taib bersama-sama dengan intelektual yang menjadi ahli Muar Debating Club. Antara pemimpin utama Kesatuan Melayu Johor ini termasuklah Dr. Hamzah Haji Taib, Ahmad Haji Taib, Abdullah Haji Taib dan keluarganya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |
TUAN HUSSAIN KEDAH | TUAN HUSSAIN KEDAH (1863 – 1936), ulama. Dia lahir pada 2 November 1863 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Tuan Hussain bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari. Dia adalah seorang ulama terkenal di Kedah. Moyangnya, Syekh Arsyad al-Banjari (1710 – 1812) adalah mufti negeri Banjar (Banjarmasin, Kalimantan). Datuknya, Haji Muhammad Taib, seorang ulama dan mufti Kedah pada abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
JAMILIAH PRESS, MUAR | JAMILIAH PRESS, MUAR, syarikat percetakan Melayu. Percetakan ini ditubuhkan pada pertengahan tahun 1920-an, berpejabat di Parit Jamil, Muar, Johor oleh Haji Jaafar Haji Taib, dengan kerjasama Haji Kassim Haji Salleh. Percetakan ini memiliki tiga buah mesin cetak yang menggunakan tenaga manusia dan sebuah mesin pemotong kertas. | SASTERA | Institusi/Organisasi |