Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taip] | تاءيڤ

Definisi : mesin ~ mesin papan kekunci utk menulis huruf, angka, dsb secara mekanikal;menaip menulis dgn mesin taip: tatkala dia ~ itu mulutnya kumat-kamit sedang jarinya menekan satu-satu huruf; taip-menaip perihal menaip (surat, rencana, dll): mereka telah menganjurkan suatu kelas trengkas dan ~; menaipkan menaip sesuatu utk (kerana); taipan yg ditaip, hasil drpd (perbuatan) menaip: membetulkan kesilapan-kesilapan ~; penaipan perihal (perbuatan dsb) menaip: satu cetakan hasil ~ hendaklah dikeluarkan utk semakan; penaip orang yg menaip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taip] | تاءيڤ

Definisi : ; menaip menulis dgn mesin taip, komputer dsb. menaipkan menaip sesuatu utk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taip


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAIP

Taip ialah huruf, nombor, atau simbol lain yang

digunakan dalam percetakan. Perkataan dan

nombor dalam semua bahan bercetak, termasuk

buku, majalah, dan akhbar diperbuat daripada taip.

Terdapat dua jenis taip yang utama, taip logam dan

taip fotografik.

UMUM 
MESIN TAIP

Mesin taip ialah sejenis mesin yang mencetak

huruf dan angka di atas kertas. Pengguna di rumah

serta pejabat di seluruh dunia menggunakan mesin

taip untuk menulis dengan pantas dan kemas.

Mesin taip merupakan mesin niaga yang paling luas

penggunaannya.

UMUM 
STEREOTAIP

Stereotaip ialah kaedah membuat plat logam

untuk kegunaan percetakan. Dalam proses ini,

pekerja menentukan taip dan menguncinya dalam

bingkai keluli. Pekerja yang lain menyapu

permukaan taip itu dengan lapisan nipis minyak.

Sekeping kertas tebal komposit yang dikenal

sebagai flong, dibentangkan di atas taip dan ditekan

rapat padanya. Kertas ini menekap permukaan taip

atau kat (gambar) pada bingkai. Dengan itu acuan

kertas terbentuk lalu dimasukkan ke dalam ketuhar

dan dibakar hingga keras dan kering. Acuan ini yang

dikenal sebagai matriks atau mat, diletakkan dalam

kotak dalam kedudukan telentang. Pekerja menuang

cairan logam stereotaip yang diperbuat daripada

timah, antimoni, dan plumbum ke atas acuan

tersebut. Logam itu akan menjadi keras serta-merta

lalu menghasilkan plat pejal. Halaman akhbar

dicetak daripada plat ini.

UMUM 
SHOLES, CHRISTOPHER LATHAM

Sholes, Christopher Latham, (1819–1890)

ialah pencipta dan wartawan Amerika yang

membantu membangunkan mesin taip pertama

yang praktikal. Sholes, Carlos Glidden, dan

Samuel W. Soulé mereka bentuk mesin taip pada

tahun 1867 dan mempatenkannya pada tahun

1868. Glidden dan Soulé menjual kepentingan

mereka kepada Sholes dan rakan kongsi barunya,

James Densmore. Mereka mula membuat mesin

tersebut tetapi gagal untuk menyempurnakannya

dan menjualnya. Pada tahun 1873, Sholes dan

Densmore memberi kontrak kepada Remington

and Sons untuk membuat mesin taip berkenaan.

Sholes kemudiannya menjual sebahagian besar

kepentingannya dalam mesin taip itu. Sholes lahir

berhampiran Danville, Pennsylvania, Amerika

Syarikat. Dia merupakan editor akhbar yang

berjaya di Wisconsin dan pernah berkhidmat

dalam dewan undangan negeri Wisconsin. Sholes

dan Soulé kemudiannya turut mencipta mesin

penomboran halaman pada tahun 1866. Lihat juga

Mesin taip (Sejarah; gambar).

UMUM 
MESIN TELETAIP

Mesin teletaip ialah mesin taip elektro mekanikal

yang menghantar denyutan elektrik melalui dawai

kepada alat penerima yang kemudiannya akan

mencetak mesej tersebut. Semasa jurutaip menekan

setiap mata taip pada alat penghantar, ia

mengaktifkan denyutan elektrik yang bertindak balik

menekan huruf yang sama pada penerima. Mesin

teletaip biasanya disambung secara bersiri dan

banyak alat penerima di berbagai-bagai tempat

seluruh dunia boleh dikendalikan dari satu alat

pemancar sahaja pada satu masa.

UMUM 
MONOTAIP

Monotaip ialah mesin bagi menghasilkan taip

logam untuk mencetak. Monotaip terkenal dengan

hasil kerja yang bermutu tinggi. Ia telah digunakan

untuk mencetak buku yang baik mutunya termasuk

juga katalog, majalah, dan bahan bercetak lain.

Dalam kebanyakan kerja mencetak, monotaip telah

diambil alih oleh mesin fotokomposisi.

Fotokomposisi ialah satu bentuk atur huruf yang

melibatkan penghasilan imej huruf taip di atas filem

atau kertas fotosensitif (lihat Percetakan [Mengatur

huruf]).

UMUM 
ELEKTROPENAIPAN

Elektropenaipan ialah proses membuat

reproduksi logam bagi taip, ukir, atau punaran.

UMUM 
MANUSKRIP

Manuskrip ialah istilah yang diberi kepada

sebarang dokumen yang ditulis dengan tangan atau

mesin seperti mesin taip atau komputer peribadi.

UMUM 
TELEPENGATUR HURUF (TPH)

Telepengatur huruf (TPH) ialah sejenis mesin

elektrik seperti mesin teletaip (lihat Mesin teletaip ). Ia

menghantar salinan tulisan mesin taip ke suatu

tempat yang jauh dan pada masa yang sama ia

menebuk lubang di pita kertas. Apabila pita ini

dimasukkan ke dalam mesin pengatur huruf, mesin

ini secara automatik akan menjadikan salinan ini

dalam bentuk yang akan digunakan untuk mencetak

akhbar.

UMUM 
MESIN

Mesin ialah alat yang melakukan kerja. Industri

menggunakan penekan gerudi besar, pelarik dan

penekan untuk membuat keluaran yang kita

gunakan. Perniagaan bergantung pada mesin taip,

komputer dan lain-lain mesin pejabat. Kereta, bas

dan kapal terbang mengangkut manusia dengan

pantas dalam jarak jauh. Trak, kereta api dan kapal

adalah mesin yang digunakan untuk mengangkut

barang ke pasaran dan dari pasaran. Tanpa mesin,

penduduk di bandar raya mendapati lebih sukar

untuk hidup, dan peladang tidak dapat

menghasilkan cukup makanan untuk kita. Hampir

setiap aktiviti dalam kehidupan harian kita

bergantung pada mesin.

UMUM 
12

Kembali ke atas