Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ja/] | تاجق

Definisi : sj alat utk mencangkul tanah atau mem­ber­sihkan rumput di sawah (bendang dll), rimbas: mereka sedang berhempas pulas mengayun cangkul dan ~, membuat kebun sayur;~ kebat Mn cagaran; tiada serik dimakan ~ esok lusa ke bendang juga prb kerana men­cari wang (harta) tidak menghiraukan penat atau kesusahan; menajak merumput dgn tajak, mengerjakan tanah dgn tajak; penajakan perbuatan (kerja) menajak; penajak orang yg menajak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ja/] | تاجق

Definisi : alat seakan-akan cangkul bentuk­nya dan digunakan utk membersihkan rum­put dan mengerjakan tanah. me­najak membersihkan rumput atau mengerjakan tanah dgn tajak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tajak (kata nama)
Bersinonim dengan rimbas, cangkul, pacul, bajak, pangkur, tenggala, jentolak, jengkaut, traktor;,
Kata Terbitan : menajak,

Peribahasa

Utang (hutang) tembilang belum langsai,
     utang (hutang) tajak bila pula.

Bermaksud :

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] biduk belum langsai, utang [hutang] pengayuh datang pula, c. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAJAK

TAJAK, alat pertanian untuk mencangkul tanah atau membersihkan rumput di sawah.  Alat ini terdiri daripada mata tajak yang diperbuat daripada besi yang berbentuk tirus, tajam di bahagian hadapannya; dan pemegang atau hulunya yang diperbuat daripada kayu bulat.  Biasanya hulu diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh tahan lama, misalnya kayu cingam, halban dan kopi.  Panjangnya lebih kurang 10 cm hingga 15 cm.  Kayu yang dipilih tidak terlalu lurus, tetapi melengkung sedikit untuk membolehkan tajak digunakan dengan mudah.

BUDAYAAlat/Alatan
MESIN PENYEMAI

Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai

pembenih, ialah mesin yang ditarik oleh traktor

untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di

dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada

kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira

15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya

terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat

penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek.

Tajak menggali batas (baris berbajak) pada tanah.

Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang

mengandungi biji yang hendak disemai. Alat

penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar

corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang

disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda

tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah.

UMUM 

Kembali ke atas