Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.jam] | تاجم

Definisi : 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujung­nya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (men­dengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat meng­gesek biola spt bapanya itu; 4. mudah me­nang­kap atau mengerti (akal, fikiran), pin­tar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menen­gah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pan­dangan, air muka): ia memerhati dgn pan­dangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, ber­pengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosio­ekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluar­kan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut ma­nu­sia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana per­cakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya ber­kerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendiri­nya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan men­dalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ san­ding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia ber­tambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.jam] | تاجم

Definisi : ~ damak sj tumbuhan (pokok), cenderai gajah, damak-damak bulu, Grewia latifolia; ~ molek sj tumbuhan (pokok), takam molek, karaes, Baccaurea brevipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.jam] | تاجم

Definisi : 1 dpt memotong (menghiris, mengerat dll) dgn mudah; mudah makan (bkn pisau dll): Pisau itu ~. 2 runcing hujungnya; lancip: paku yg ~. 3 dpt mengerti dgn cepat; cerdik; pintar: ~ juga otak budak itu. 4 keras atau pedas (bkn perkataan, kritik dll): Kritiknya sangat ~. 5 kelihatan galak atau garang (bkn pandangan dll): Pandangannya yg ~ menakutkan kanak-kanak itu. 6 dpt melukai atau dpt menyakitkan secara kimia (bkn sabun, asid dll). 7 lekas atau mudah dpt melihat, mendengar dll: haiwan yg ~ pendengarannya. ~ akal cerdik; pandai. ~ mata lekas dpt melihat sesuatu. ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. menajamkan menjadikan tajam (bkn pisau, parang dll); mengasah supaya tajam. mempertajam menjadikan lebih tajam. ketajaman keadaan atau sifat tajam: ~ pisau; ~ fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tajam (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah memotong: mudah mengerat, mudah menghiris, mudah makan,
Berantonim dengan tumpul

2. Bersinonim dengan runcing: lancip, cerucup, tuding,
Berantonim dengan pepat

3. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan keras, pedas, menyakiti hati, menyembilu, bisa, menghiris perasaan, bersanding,
Berantonim dengan lunak

Kata Terbitan : menajamkan, ketajaman,

Puisi
 

Tajam sungguh si buluh gadung,
     Hendaklah ikat bersama tali;
Hancur luluh tulang dan daging,
     Namun kulupa tidak sekali.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Tajam pisau kerana diasah.

Bermaksud :

Jadi pintar (berani) kerana selalu diajar (diasuh).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERIKIL TAJAM DAN YANG TERAMPAS DAN YANG PUTUS

KERIKIL TAJAM DAN YANG TERAMPAS DAN YANG PUTUS, kumpulan puisi Chairil Anwar. Cetakan pertama kumpulan ini setebal 54 halaman diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Rakyat pada tahun 1949. Kemudian ia telah banyak kali dicetak ulang dan cetakan kesebelas telah diterbitkan oleh penerbit Dian Rakyat, Jakarta setebal 56 halaman pada tahun 1991.

SASTERAKarya
PIRANHA

Piranha ialah ikan bergigi tajam yang hidup di

tasik dan sungai di seluruh Amerika Selatan.

Piranha telah digambarkan dalam filem dan dalam

legenda sebagai pemangsa yang ganas,

dahagakan darah yang boleh mengoyak-ngoyak

manusia dalam beberapa saat. Dalam keadaan

sebenar piranha jarang menyerang manusia.

Walau bagaimanapun, piranha boleh menjadi

masalah jika dilepaskan ke dalam perairan lain,

tempat ia akan memakan banyak ikan asal,

amfibia, dan lain-lain haiwan air.

UMUM 
PIN

Pin ialah logam yang pendek dan tajam.

Ia digunakan terutamanya untuk menyemat dua

atau lebih kain sekali. Manusia juga memakai pin

sebagai barang kemas.

UMUM 
DURI

Duri ialah batang yang pendek dan tajam, yang

tumbuh daripada batang berkayu bagi banyak

spesies pokok dan pokok renek

UMUM 
EPIGRAM

Epigram ialah puisi lucu ringkas, atau pepatah

yang tajam maksudnya. Ciri-ciri pentingnya

termasuklah kemampatan, kehalusan, keseimbangan,

dan kejelasan.

UMUM 
EKINODERMA

Ekinoderma ialah nama umum haiwan laut

tertentu yang berkulit tajam. Terdapat lebih

kurang 5000 jenis ekinoderma. Tapak sulaiman,

tapak sulaiman rapuh, bulu babi, landak laut dan

timun laut adalah antara jenis yang paling biasa.

UMUM 
KANCIL

Kancil atau dikenali juga sebagai pelanduk ialah

haiwan kecil berbulu licin, bermuncung tajam,

telinga bulat dan berekor kecil. Nama saintifiknya

Tragulus Javanicus.

UMUM 
LILI EASTER

Lili Easter ialah sejenis pokok bunga yang tinggi

berdaun panjang dan tajam. Bunga ini menjadi

simbol Easter. Bunga lili besar, wangi, berbentuk

trompet dan berwarna putih lilin.

UMUM 
THISTLE

Thistle ialah nama yang diberi kepada

sekumpulan tumbuhan yang mempunyai spina dan

duri tajam. Thistle adalah rumpai yang

mengganggu. Ia tumbuh di banyak bahagian di

dunia. Thistle yang paling biasa adalah thistle

menjalar , thistle lembing, thistle halus, dan thistle

Scotland . Thistle tumbuh di padang rumput ternak,

ladang bijian dan ladang rumput kering, dan di

sepanjang jalan, tempat tanah subur. Thistle yang

paling mengganggu, iaitu thistle menjalar, adalah

tumbuhan saka, yang tumbuh tahun demi tahun

tanpa ditanam semula. Tiga spesies lagi adalah

tumbuhan dwitahunan yang tumbuh selama dua

tahun sahaja.

UMUM 
ASH BERDURI

Ash berduri ialah salah satu kumpulan pokok

atau pokok renek. Namanya merujuk kepada duri

tajam di rantingnya. Nama itu juga didasarkan

pada kesamaan antara daun ash yang berduri

dengan daun ash yang sebenar (lihat Ash ).

Spesies ash berduri yang berlainan terdapat di

Australia, Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta

Amerika Utara.

UMUM 
12345

Kembali ke atas