ALAMAT DAN TAKBIR | ALAMAT DAN TAKBIR, perkara atau peristiwa yang dipercayai mengandungi makna dan boleh dijadikan pedoman dalam menjalani kehidupan. | BUDAYA | Konsep |
SOLAT | Solat dari segi bahasa bermaksud doa. Manakala dari segi syarak pula adalah percakapan, perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Ia satu ibadah yang diketahui tentang rukun, sujud, berdiri dan membaca ayat-ayat yang mudah daripada al-Qur’an. | UMUM | |
PERAYAAN UMAT ISLAM | Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan, iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah solat, <i> zikir i> (mengingati Allah), <i> tahlil i> (berzikir dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), <i> tasbih i> (memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan <i> takbir i> (mengagungkan Tuhan dengan Allahu Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan, kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam Islam. | UMUM | |