Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[takh.ta] | تختا

Definisi : tempat raja bersemayam; ~ kerajaan a) (kerusi, peterana) tempat raja bersemayam, singgahsana; b) ki kekuasaan raja, wilayah di bawah pemerintahan raja; ~ rawan tandu utk raja-raja; naik ~ menjadi raja; turun ~ meletakkan jawatan raja; bertakhta 1. = ~ kerajaan menjadi raja, memerintah negeri; 2. berkerajaan di, ber­semayam di; 3. ki berada, berkedudukan: jiwa besar mesti ~ dlm seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis; 4. ki bertempat, ter­semat: apa yg sedang ~ di hatinya sekarang ialah cintanya terhadap Azman; mentakhtai menduduki (memegang) takh­ta; mentakhtakan mendudukkan di takhta kera­jaan, menabalkan menjadi raja: baginda ditakhtakan oleh rakyat menjadi raja nege­ri itu; ketakhtaan perihal naik takhta: ~ dinasti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[takh.ta] | تختا

Definisi : tempat raja bersemayam. ~ kerajaan a. kerusi tempat raja ber­semayam; singgahsana. b. ki wilayah yg di bawah pemerintahan raja; kekuasaan raja. bertakhta 1 = ~ kerajaan men­jadi raja atau memerintah negeri. 2 bersemayam di; berkerajaan di. mentakhtakan menabalkan sbg raja: Baginda telah ditakhtakan oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takhta (kata nama)
Bersinonim dengan singgahsana, kerusi kerajaan, geta, tempat raja bersemayam;,
Kata Terbitan : bertakhta, mentakhtakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG REBUT TAKHTA

Perang rebut takhta. Perang yang berpunca

daripada pertikaian terhadap siapa yang harus

menaiki (mewarisi) takhta dikenali sebagai perang

rebut takhta . Empat perbalahan penting yang

berlaku dalam sejarah Eropah yang dikenali

dengan nama tersebut, iaitu Perang Rebut Takhta

Sepanyol, Perang Rebut Takhta Poland, Perang

Rebut Takhta Austria, dan Perang Rebut Takhta

Bavaria .

UMUM 
PERANG REBUTAN TAKHTA AUSTRIA

Perang Rebutan Takhta Austria lihat

Perang rebut takhta.

UMUM 
REVOLUSI GEMILANG

Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688

bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di

England dan melantik William III dan Mary II

sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan

hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap

takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun

l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang

Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman

Katolik daripada menaiki takhta dan melarang

seseorang raja daripada menangguh undang-undang,

mengekalkan angkatan tentera ketika

aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan

Parlimen.

UMUM 
STEPHEN

Stephen (1097?–1154) ialah Raja Inggeris.

Pemerintahannya penuh dengan persengketaan

sehingga digelar ‘The Anarchy’. Persengketaan

tersebut berpunca daripada perebutan takhta.

Stephen ialah putera Adela. Adela ialah puteri

William Si Penakluk. Pihak lain yang berhak ke atas

takhta diraja itu ialah Matilda, puteri Henry I. Henry

telah memujuk baronnya untuk mengangkat

sumpah taat setia kepada Matilda sebelum

kematiannya pada tahun 1135. Pada tahun 1153,

Stephen akhirnya dipaksa untuk mengiktiraf putera

Matilda sebagai pewaris takhtanya, iaitu Henry II

yang menjadi Raja Plantagenet pertama (lihat

Plantagenet).

UMUM 
PUTERA WALES

Putera Wales ialah gelaran yang diberikan

kepada waris putera sulung takhta kerajaan United

Kingdom. Baginda biasanya ialah putera sulung

raja, melainkan putera itu telah mangkat ataupun

telah melepaskan gelaran tersebut.

Edward I, raja Inggeris yang menakluki Wales pada

tahun 1282, mengalahkan Llywelyn, Putera Wales,

yang terakhir. Llyweln mangkat dalam pertempuran

kecil dengan tentera Inggeris. Pada tahun 1301,

Edward memberikan gelaran itu kepada putera

sulungnya. Kemudian, putera ini menjadi raja yang

dikenali sebagai Edward II. Semenjak

pemerintahan Edward II, hampir kesemua waris

putera sulung takhta kerajaan Britain menerima

gelaran ini.

UMUM 
PRETENDER

Pretender ialah dua orang yang menuntut takhta

England, iaitu putera dan cucu James II.

UMUM 
MARGRETHE II

Margrethe II (1940– ) ialah Ratu Denmark.

Baginda mewarisi takhta ayahanda baginda,

Frederik IX, pada tahun 1972.

UMUM 
MUHAMMAD V

Muhammad V (1327 H.–1380 H., /1909 M.–1961

M.), raja Maghribi. Baginda menaiki takhta ketika

berumur 18 tahun pada tahun 1927 M. selepas

kemangkatan ayahandanya Sultan Yusuf ibn al-

Hasan. Ketika itu Maghribi berada di bawah jajahan

Perancis. Baginda menuntut kemerdekaan Maghribi

pada 11 Januari 1944 dan pergi ke Perancis pada

tahun 1950 bagi mengadakan perbincangan dengan

Presiden Perancis dan para pemimpinnya tentang

urusan pentadbiran sendiri negaranya.

UMUM 
DARNLEY, LORD

Darnley, Lord (1545–1567), bangsawan Scotland

yang menjadi waris terdekat untuk menaiki

takhta kerajaan England. Nama sebenarnya ialah

Henry Stuart.

UMUM 
PERTEMPURAN BLENHEIM

Pertempuran Blenheim berlaku pada 13 Ogos

1704. Ia adalah titik perubahan bagi Perang Rebut

Takhta Sepanyol (1701–1714) dan salah satu

pertempuran muktamad bagi sejarah Eropah.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas