SOKE | Soke ialah pertubuhan petani pemilik tanah mempunyai asal usulnya di kawasan taklukan Denmark di tangan England pada tahun 800-an M. Soke merupakan daerah, yang kadangkala terdiri daripada beberapa kampung, di mana pemilik tanah asal membahagikan kawasan kecil kepada petani sebagai upah bagi perkhidmatan mereka. Soke Peterborough yang kini di Cambridgeshire, mengabadikan nama soke, tetapi Bukan bentuk soke pada zaman Denmark. | UMUM | |
INDERAPURA | INDERAPURA, kerajaan Melayu lama di pesisir pantai barat selatan Sumatera, Indonesia. Inderapura pernah menjadi taklukan Minangkabau yang berpusat di Pagarruyung. Raja-raja Inderapura adalah berketurunan dari Pagarrayung. Selepas bebas daripada jajaha Pagarryung, kuasa kerajaan Inderapura meluas higga ke Anak Sungai, Ketaun dan Manjuto. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
PANAI | PANAI, kerajaan Melayu kuno di Sumatera Utara, Indonesia. Daripada catatan prasasti, Raja Rajendra Chola dari India Selatan pernah menyerang kerajaan Sriwijaya dan Kadaram pada tahun 1023. Setelah itu dia menyerang Panai. Dalam prasasti tersebut tidak disebut siapa Raja Panai yang telah ditaklukinya. DaIam Nagarakartagama, kerajaan Panai dikatakan sebagai jajahan taklukan Majapahit yang menyerangnya pada tahun 1365. Tinggalan kerajaan itu berupa biara terdapat di Padang Lawas. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |