Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.kut] | تاکوت

Definisi : = ~ akan (pd) 1. gentar (gerun, ngeri) meng­hadapi sesuatu yg dianggap boleh mem­bahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sang­gup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat ter­peluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; di­genggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.kut] | تاکوت

Definisi : 1 tidak berani menghadapi sesuatu yg pd perasaannya akan membahaya­kan diri dll: Kanak-kanak ~ akan hantu. 2 berasa bimbang atau ragu-ragu; gelisah; khuatir: Saya ~ kalau-kalau saya gagal dlm peperiksaan. 3 berasa segan dan hormat; takwa: ~lah kamu akan Allah. takut-takut agak takut; sentiasa takut: ~ berani agak takut dan agak berani. menakuti menaruh rasa hormat ter­hadap; berasa takut akan; menyegani: Orang ramai ~ beliau di kampung ini. menakutkan 1 menyebabkan berasa takut; menggerunkan: Kemalangan itu sungguh dahsyat dan ~. 2 menjadikan orang takut akan (kpd); menimbulkan atau menerbitkan rasa takut kpd: Kamu terlalu suka ~ dia dgn yg bukan-bukan. Hukuman itu telah ~ orang lain drpd melakukan kesalahan yg spt itu. ketakutan 1 keadaan takut: Semua rakyat di negeri itu hidup dlm ~. 2 perasa­an takut (gelisah, hormat, segan dsb); kegelisahan; kebimbangan; keseganan. 3 menderita takut; dlm keadaan takut: Anak itu ~ setelah menonton filem yg mengerikan. penakut orang yg mudah berasa takut; pengecut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,

Puisi
 

Saya takut kerbau di ladang,
     Yang muda garang sekali;
Saya takut jalan seorang,
     Badan muda langsung sekali.


Lihat selanjutnya...(76)
Peribahasa

Takut titik lalu tumpah.

Bermaksud :

Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai).

 

Lihat selanjutnya...(53)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMATIAN

Kematian bermakna berakhirnya kehidupan.

Semua benda hidup akhirnya akan mati, tetapi

barangkali hanya manusia yang boleh membayangkan

kematian mereka. Kebanyakan manusia

takut kepada kematian dan mencuba untuk tidak

memikirkan tentangnya. Walaupun begitu, sikap

berhati-hati terhadap kematian merupakan salah satu

daripada dorongan utama yang membentuk

tamadun manusia. Sepanjang peredaran sejarah,

manusia tidak pernah berhenti mencari kaedah

perubatan terkini untuk melambatkan kematian. Ahli

falsafah dan ketua agama telah mencuba untuk

memahami makna sebenar kematian. Sesetengah

para cerdik pandai percaya bahawa perkembangan

manusia ini ialah hasil daripada kemampuan

manusia mengatasi kematian dan memperoleh

keabadian hasil pencapaiannya yang berkekalan.

UMUM 
ADRENALIN

Adrenalin ialah hormon yang dirembes oleh

kelenjar adrenal. Ia juga dikenali sebagai epinefrina.

Adrenalin membantu badan menyesuaikan diri

dengan tekanan yang tiba-tiba. Apabila seseorang

menjadi marah atau takut, kelenjar adrenal

melepaskan adrenalin ke dalam darah. Hormon ini

menyebabkan perubahan dalam badan untuk

menjadikannya lebih cekap untuk “berlawan atau lari”.

Contohnya, adrenalin meningkatkan kekuatan dan

kadar denyutan jantung dan menaikkan tekanan

darah. Ia juga mencepatkan penukaran glikogen

kepada glukos yang memberikan tenaga kepada otot.

UMUM 
TE RAUPARAHA

Te Rauparaha (1768–1849) ialah ketua Maori dan

salah seorang pahlawan Maori yang paling agung

dan paling kejam antara semua pahlawan Maori

yang dikenali oleh orang Eropah. Baik orang Maori

mahupun pakeha (orang kulit putih) takut kepada

Te Rauparaha. Malahan mereka mengaguminya

lebih daripada mengagumi ketua

pahlawan agung yang lain pada zamannya seperti Hongi Hika, Mananui

Te Heu Heu, dan Te Wherowhero.

UMUM 
SEMUT BULL

Semut bull termasuk beberapa spesies semut

di Australia. Kebanyakannya adalah besar. Sayap

semut betina sesetengah spesies tumbuh

sepanjang dua sentimeter. Semut bull ini boleh

menyebabkan gigitan yang menyakitkan dengan

rahangnya panjang, dan menonjol. Ia juga boleh

menyengat. Semut ini tidak mudah takut dan akan

menyerang pada waktu tertentu. Hanya beberapa

ratus ekor semut tinggal dalam setiap sarang.

Ia membuat sarang di dalam tanah, biasanya di

pangkal pokok atau tunggul. Semut pekerja

memberi lundinya makan bangkai haiwan. Ahli

sains menggangap semut bull ini antara semut

yang paling primitif. Ia tidak mempunyai struktur

sosial sekompleks spesies yang lebih maju.

UMUM 
SERIBU SATU MALAM

Seribu Satu Malam ialah sebuah koleksi

hikayat yang diceritakan oleh seorang perempuan

yang bernama Shahrazad kepada Sultan Shahriyar.

Sultan Shahriyar ialah seorang raja yang telah

bertukar menjadi kejam sejak dikhianati oleh

isterinya. Pada setiap malam, baginda mengambil

seorang anak dara lalu dinodainya, dan

dibunuhnya pada malam itu juga. Rakyat menjadi

takut dan melarikan anak-anak perempuan mereka

sehinggakan tidak terdapat lagi anak gadis di

bandar itu kecuali Shahrazad, iaitu anak kepada

seorang menteri.

UMUM 
MAGIS

Magis ialah penggunaan kuasa luar biasa oleh

seseorang untuk cuba mengawal tindakan manusia

ataupun kejadian semula jadi. Magis sering

kelihatan seperti mendatangkan hasil, tetapi hasil

itu mungkin sebenarnya tercapai disebabkan

perkara-perkara lain. Contohnya, seseorang

mungkin mahu menggunakan ilmu magis untuk

membuat musuhnya sakit. Musuhnya yang

mengetahui perbuatan ini menjadi takut dan

benar-benar jatuh sakit.

UMUM 
MIMPI BURUK

Mimpi buruk ialah mimpi yang menakutkan atau

pengalaman seperti mimpi yang membangunkan

orang yang tidur. Selepas terjaga daripada

kebanyakan mimpi buruk, seorang itu boleh

mengingati semula mimpi yang menyebabkan

ketakutan. Jenis peristiwa tidur lain yang menakutkan

disebut keganasan malam, berlaku tanpa mimpi

sebenar. Orang yang tidur akan terjaga dalam

keadaan takut pada awal malam, sering kali dengan

perasaan tekanan di dada. Ketakutan malam berlaku

pada permulaan semasa tidur. Mimpi buruk yang

sebenar berlaku kemudian, semasa tidur bermimpi

(lihat Tidur [Apa yang berlaku semasa tidur]).

UMUM 
SUAKA

Suaka, dalam undang-undang antarabangsa,

ialah naungan dan perlindungan yang diberikan

oleh sesebuah negara kepada orang yang lari dari

sebuah negara lain. Pemberian suaka mengikut

undang-undang kebangsaan serta undang-undang

dan perjanjian antarabangsa. Menurut Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu, para pelarian boleh

meminta suaka jika mereka takut penganiayaan

yang berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan,

atau fahaman sosial atau politik. Tetapi, tiada siapa

pun mempunyai hak untuk mendapatkan suaka.

Penindasan politik merupakan sebab utama

sesebuah negara memberikan suaka.

UMUM 
NABI YA‘KUB A.S.

Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.

Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani

Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna “roh

Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di

Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s.

dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi

Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya

menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir

menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq

kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah

sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di

sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak

perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga

diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.

Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah

melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran

asbat” (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi

bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan

Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih

mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang

telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui

konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah

mengembalikan penglihatannya setelah dia

menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub

a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu

selepas lama kehilangannya, serta lama

menanggung kesedihan dan penderitaan yang

berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17

tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi

Yusuf a.s.

UMUM 
RABIES

Rabies atau penyakit anjing gila ialah penyakit

berjangkit yang memusnahkan sel saraf di

bahagian tertentu otak dan selalunya

mengakibatkan kematian. Manusia dan kebanyakan

mamalia lain boleh menghidap penyakit ini.

Perkataan rabies dalam bahasa Latin bermakna

kemarahan atau keberangan. Penyakit ini mungkin

diberikan nama sedemikian kerana haiwan yang

dijangkiti sering kali menjadi gila dan menyerang

sebarang objek atau haiwan lain yang berada di

hadapannya. Oleh sebab salah satu gejala penyakit

rabies ialah ketidakupayaan menelan air; penyakit

ini juga dikenali sebagai hidrofobia yang

bermaksud takut air.

UMUM 
12

Kembali ke atas