Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan
bulan qamari dan disebut juga takwim atau
kalendar Islam. Orang Arab sebelum Islam
menggunakan tahun qamariyah sejak zaman
dahulu kala. Tetapi bukanlah semua orang Arab di
seluruh Semenanjung Arab itu sama dalam cara
menggunakan kalendar mengukur waktu dan
sejarah yang berlaku di kalangan mereka. Begitu
juga panduan dan cara mencatat sejarah yang
mereka gunakan adalah sentiasa berbeza dan
berubah-ubah.
Maal Hijrah ialah tahun baru yang disambut pada
1 Muharam menurut takwim Islam. Takwim Islam
bermula daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah
s.a.w. bersama-sama para sahabatnya dari Makkah
ke Yathrib iaitu al-Madinatul al-Munawarrah.
Daripada peristiwa tersebut, dapat dihayati nilai
pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan
perpaduan yang dibentuk oleh masyarakat Islam
Muhajirin dan Ansar di Madinah. Penghijrahan
Rasulullah s.a.w. ini membawa kepada kewujudan
negara Islam yang pertama, dan berperlembagaan
Islam.
Rejab ialah bulan ketujuh mengikut takwim Hijrah.
Nama Rejab digunakan sejak tahun 412 M. semasa
zaman Kilab ibn Murrah, iaitu datuk Rasulullah s.a.w.
Bulan ini dinamakan Rejab kerana orang Arab
memuliakan dan menghormati bulan ini dengan
mengelakkan diri daripada melakukan pertumpahan
darah. Malah pada zaman Jahiliyah pun peperangan
diharamkan pada bulan ini.
Rabiulawal ialah bulan ketiga mengikut takwim
Hijrah. Bulan ini dinamakan Rabiulawal pada
tahun 412 M., semasa zaman Kilab ibn Murrah,
moyang kelima Rasulullah s.a.w.
Safar adalah bulan kedua mengikut Takwim Hijrah.
Nama tersebut mula digunakan sekitar tahun 412
M., iaitu pada zaman Kilab ibn Murrah; datuk Nabi
Muhammad s.a.w. yang kelima. Terdapat beberapa
pandangan tentang asal usul nama Safar. Ada yang
berpendapat bahawa nama Safar diambil daripada
nama sebuah kawasan, iaitu al-Safariyyah. Pendapat
lain pula menyatakan bahawa ia diambil daripada
nama pasar al-Safariyyah yang terletak di selatan
Semenanjung Tanah Arab, iaitu di Yaman. Orang
Arab sering berulang-alik ke pasar tersebut untuk
menjalankan aktiviti perniagaan.
Syaaban ialah bulan kelapan mengikut takwim
Hijrah. Ia dikenali dengan nama ini pada tahun
412 M. Semasa hayat Kilab ibn Murrah, datuk
kelima dalam salasilah keturunan Rasulullah
s.a.w. Dikatakan nama Syaaban bermakna
berpecah menjadi kumpulan kerana kabilah Arab
memohon agar dipecah-pecahkan mengikut
pasukan tertentu bagi tujuan membuat serangan
selepas mereka berehat pada bulan Rejab, iaitu
bulan yang diharamkan berperang. Lihat Rejab.
Rabiulakhir ialah bulan keempat mengikut
takwim Hijrah. Bulan ini dinamakan Rabiulakhir
kira-kira pada tahun 412 M. Semasa zaman Kilab
ibn Murrah, iaitu moyang kelima Rasulullah s.a.w.,
bulan Rabiulawal dan Rabiulakhir juga dikenali
sebagai Rabi’ayni (dua Rabi’).
Syawal ialah bulan ke-10 mengikut
takwim Hijrah yang digunakan di sesetengah
negara Islam. Bulan Syawal adalah selepas bulan
Ramadan dan merupakan bulan permulaan bagi
mengerjakan haji yang bermula dari 1 Syawal
hingga ke-10 Zulhijah. Ia mendapat nama pada
zaman datuk Nabi Muhammad s.a.w. yang kelima,
iaitu Kilab ibn Murrah kira-kira pada tahun 412 M.
Zulkaedah ialah bulan di antara Syawal dan
Zulhijah iaitu bulan yang ke-11 mengikut Takwim
Hijrah. Ia dinamakan demikian lebih kurang pada
Almanak ialah sebuah buku atau risalah, lazimnya
terbit setahun sekali. Buku atau risalah ini
mengandungi pelbagai jenis maklumat. Sebuah
almanak biasanya mempunyai takwim, tarikh dan
peristiwa ulung, pergerakan bintang-bintang, dan
fakta mengenai kerajaan, sejarah, geografi, dan kaji
cuaca. Ia mungkin memaparkan juga perangkaan
mengenai populasi, industri dan pengeluaran
ladang.
Thanks for clicking. That felt good.