Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taÖ.ziah]/tak.ziah] | تعزيه

Definisi : peryataan turut bersedih (berdu­kacita), belasungkawa: kpd keluarga si mati, kami mengucapkan ~ utk menyatakan rasa dukacita; bertakziah turut bersedih (berdukacita), me­­ngun­jungi (orang mati): beribu-ribu orang telah pergi ~ ke rumah si mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taÖ.ziah]/tak.ziah] | تعزيه

Definisi : pernyataan turut bersedih atau turut berdukacita (kerana kematian dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takziah (kata nama)
Bersinonim dengan belasungkawa, rasa sedih, rasa dukacita;,
Kata Terbitan : bertakziah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BORIA

BORIA,  seni pentas yang popular di Pulau Pinang.  Pada masa dahulu, boria merupakan sebuah pantomim dalam perayaan Muharam yang diraikan oleh golongan Syiah Islam bagi merakamkan takziah atas peristiwa Perang Karbala dalam sejarah Islam di Timur Tengah.  Walau bagaimanapun, pantomim takziah yang terdapat di Pulau Pinang pada masa itu banyak dipengaruhi oleh acara perayaan Durgapuja dari India yang dibawa oleh askar India Islam Syiah.

 

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas