Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.lam] | تالم

Definisi : sj dulang yg tidak berkaki (tempat me­nyaji­kan makanan, minuman, dll): dia keluar membawa sebuah ~ yg berisi secawan kopi; kuih ~ = tepung ~ sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa; spt ~ dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg berseteru (utk keun­tung­an diri sendiri); spt air dlm ~ prb dlm keadaan sentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.lam] | تالم

Definisi : dulang tidak berkaki tempat me­nyajikan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
talam (kata nama)
Bersinonim dengan dulang, ceper, sumberip, pahar, penampan, tetampan, panai, limbang, nyiru, neka, ancak, baki, cerana, kerika.,

Puisi
 

Talamlah ini talam tembaga,
     Putus tali sampainya hilang;
Malamlah ini malam celaka,
     Putusnya janji sampainya hilang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seperti air dalam talam.

Bermaksud :

Negeri yang aman sentosa.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAHAR

PAHAR, talam berkaki yang dibuat daripada tembaga atau gangsa. Pahar digunakan sebagai bekas makanan atau peralatan dalam majlis-majlis beristiadat.

BUDAYAAlat/Alatan
AHMAD KOTOT

AHMAD KOTOT (1894-1993), penulis. Dia lahir pada 10 Jun 1894 di Kampung Locok, Mukim Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Kotot dan pernah menggunakan nama pena A.N.P Damha, ABKA Pahang, Alif Ba Ta, Ahmad Batu Talam, Anak Negeri Pahang, Intan Dikarang Di Negeri Pahang dan Malim Kerimun.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas