Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.la.sé.mia] | تالاسيميا

Definisi : (talasémia) (Ubat) sj penyakit ke­turun­an yg berpunca drpd kurangnya protein globin yg menjadi komponen hemoglobin dlm darah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.la.sé.mia] | تالاسيميا

Definisi : /talasémia/ sj penyakit ke­turunan yg ditandai dgn adanya sel darah merah yg tidak normal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata talasemia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TALASEMIA

Talasemia ialah penyakit darah secara keturunan

yang menyebabkan anemia. Penyakit ini terjadi

terutamanya pada kanak-kanak yang keturunannya

berasal dari kawasan Mediterranean. Talasemia

juga terjadi pada orang Amerika kulit hitam dan

sesetengah orang Asia dan Timur Tengah.

Tubuh kanak-kanak yang menghidap talasemia

tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang

mencukupi, iaitu pigmen yang memberikan warna

merah pada sel darah. Hemoglobin juga membawa

oksigen ke tisu tubuh. Kekurangan hemoglobin

menyebabkan organ mangsa kekurangan oksigen

yang diperlukan. Gejala talasemia wujud semasa

kelahiran atau muncul kira-kira enam bulan

kemudian. Gejala ini termasuk kulit pucat, keletihan,

kerengsaan, selera terjejas, dan pertumbuhan

terencat. Kanak-kanak yang terlibat mempunyai

jantung, hati dan limpa yang membesar. Penyakit ini

juga mencacatkan dan melemahkan tulang tertentu,

khususnya tulang di bahagian muka.

UMUM 

Kembali ke atas