Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.lib] | طالب

Definisi : Ar orang yg menuntut (kebenaran, ilmu, dll); talibul-ilmi penuntut ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata talib


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDUL TALIB MOHD. HASSANABDUL TALIB MOHD. HASSAN (1947-   ), penulis. Dia lahir pada 11 Oktobeer 1947 di Teluk Intan, Perak. Abdul Talib pernah memakai nama pena Aini Airani, al-Taha, A.Talib Hassan dan Khaili Mutalib. SASTERAKonsep
‘ALI IBN ABI TALIB

‘Ali ‘ibn ‘Abi Talib (23 S.H.–40 H./600–661 M.),

sahabat yang mulia, seorang dalam kalangan

empat orang Khulafa’ al-Rasyidin dan sepupu

Rasulullah SAW. Nama penuhnya ialah ‘Ali ‘ibn ‘Abi

Talib ‘ibn ‘Abd al-Muttalib ibn Hasyim ‘ibn ‘Abd

Manaf.

UMUM 
ABU TALIB OTHMAN, TAN SRI

Abu Talib Othman, Tan Sri (1938-    ), Peguam Negara (1980–1993). Abu Talib dilahirkan pada 31 Oktober 1938 di Merlimau, Melaka.

UNDANG-UNDANGTokoh
MOHD. HASHIM HAJI TALIBMOHD. HASHIM HAJI TALIB (1884-1963), pendidik dan penulis. Dia lahir pada 2 Disember 1884 di Kampung Tengah, Linggi, Negeri Sembilan. Dia mendapat pendidikan di sekolah Melayu sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Melaka pada tahun 1900. Dia adalah perintis maktab tersebut, yang merupakan maktab pertama di Semenanjung yang menyediakan latihan perguruan yang khusus untuk para guru sekolah Melayu. Pelajar yang mencapai keputusan terbaik sahaja diterima sebagai pelatih di sini. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB

LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan jawatankuasa Pendidikan 1956. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya diadakan satu jawatankuasa lain untuk meninjau semula cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. Tugas utama Jawatankuasa Abdul rahman Talib adalah untuk mengkaji pelaksanaan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan, iaitu menimbangkan implikasi dari segi kepentingan negara dan kewangan termasuk mengenai pengenalan pendidikan  percuma pada peringkat sekolah rendah. Laporan Jawatankuasa Abdul rahman Talib juga dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Penyemak Pendidikan 1960.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
ABDUL RAHMAN TALIBABDUL RAHMAN TALIB (1916-1968), Menteri Pelajaran (1960-1962) dan (1964-1965). Dia lahir di Temerloh, Pahang.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ALI BIN ABI TALIB

Ali bin Abu Talib (23 SH - 40 H/600 M - 661 M), khalifah al-Rasyidin yang keempat.

AGAMATokoh
TALIB KARIM, DATO'

TALIB KARIM, Dato’ (1911-1979), Ketua Menteri Melaka (1967-1972),  Dia lahir pada bulan April 1911 di Kampung Bahru, Alor Gajah, Melaka.  Dia mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Melayu Alor Gajah, dan pelajaran Inggeris di High School, Melaka pada tahun 1930.  setelah menamatkan pelajarannya, dia ke Betawi.  Di sana, dia sering mengikuti syarahan pejuang kemerdekaan Indonesia seperti Sukaono, Sjahrir dan Omar Said Tjokroaminoto.  Pengalaman ini telah mendedahkannya kepada perkembangan politik semasa.  Dari Betawi dia berhijrah ke Medan, dan berkahwin pada tahun 1936.  pada tahun 1939, dia kembali ke Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABU TALIB OTHMAN, TAN SRIABU TALIB OTHMAN, Tan Sri (1938- ), Peguam Negara (1980-1993). SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SITI FATIMAHPuteri bongsu Rasulullah s.a.w. dan isteri Sayidina Ali bin Abi Talib, Khulafa' al-Rashiddin yang ke empat.AGAMATokoh
123

Kembali ke atas