AHMAD HAJI MUHAMMAD RASHID TALU | AHMAD HAJI MUHAMMAD RASHID TALU (1889-1939), penulis. Dia lahir di Lumut Lane, Pulau Pinang. Keluarganya berasal dari daerah Talu, Sumatera tetapi kemudiannya berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chowrasta, Pulau Pinang setakat Darjah Tiga. Dia juga dikenal dengan nama Ahmad Talu sahaja. | SASTERA | Konsep |
KAWAN BENAR | KAWAN BENAR, novel pertama yang dihasilkan oleh Ahmad bin Muhammad Rashid Talu. Novel ini diterbitkan pada tahun 1927 dalam tulisan Jawi setebal 177 halaman tanpa menyebut nama penerbitnya. Penerbitan semula novel ini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dalam tulisan Rumi pada tahun 1976 setebal 124 halaman. | SASTERA | Karya |
PERSHING, JOHN JOSEPH | Pershing, John Joseph (1860–1948), mengetuai Pasukan Ekspedisi Amerika (A.E.F.) di Eropah semasa Perang Dunia I. A.E.F. merupakan Tentera Amerika Syarikat yang pertama dihantar ke Eropah. Jeneral Tentera Bersekutu ingin menggunakan tentera Amerika untuk menggantikan tenteranya yang diserang bertalu-talu, tetapi Pershing bertegas bahawa Tentera Amerika harus bertempur secara berasingan kecuali kerana kes tertentu. Dia percaya bahawa kesedaran tentang wujudnya Tentera Amerika yang semakin kuat akan melemahkan semangat tentera Jerman. | UMUM | |
IAKAH SALMAH? | Iakah Salmah?, novel karya Ahmad bin Haji Muhammad Rashid Talu. Novel pertamanya ialah Kawan Benar. | SASTERA | Karya |
POLONIUM | Polonium ialah unsur kimia yang mempunyai simbol Po. Ia merupakan satu unsur logam radioaktif yang luar biasa. Ia ditemui oleh pasangan ahli fizik Perancis, Marie dan Pierre Curie, pada tahun 1898. Mereka menamakannya “polonium” sempena nama negara Poland, tempat lahir Marie Curie. Polonium terbentuk dengan sendirinya dalam bijih uranium picblend. Kebanyakan polonium dihasilkan secara buatan dengan menembak bertalu-talu bismut, sejenis logam dengan neutron. | UMUM | |