Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ma.dun] | تمدون

Definisi : 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kema­ju­an kebendaan serta perkembangan pemikir­an (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, per­adaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, per­adaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikir­an (budaya dan moral) yg halus, peradaban; bertamadun 1. telah mencapai tamadun, ber­peradaban, beradab: barang-barang itu ialah buatan dr negeri-negeri yg lebih ~ dan lebih maju; 2. mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yg halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg ~; mentamadunkan menjadikan bertamadun: dlm proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan; ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ma.dun] | تمدون

Definisi : cara hidup yg serba ber­kemajuan; peradaban. bertamadun sudah maju dlm cara hidup; ber­kemajuan; beradab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamadun (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan peradaban, budaya, cara hidup, kemajuan, kemodenan;,
Kata Terbitan : bertamadun,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMADUN PURBA

Tamadun Purba adalah satu istilah yang

membawa pengertian tamadun-tamadun yang

berkembang luas pada zaman silam. Istilah ini

digunakan khas bagi menunjukkan cara kehidupan

yang terdapat di sekitar Laut Mediterranean dari

tahun 3000 S.M. hingga kejatuhan Rom pada tahun

476 M. Ia juga termasuk tamadun besar yang

berkembang luas, iaitu yang dibina oleh orang

Assyria, Mesir, Ibrani (Hebrew) dan Parsi.

UMUM 
TAMADUN LEMBAH INDUS

Tamadun Lembah Indus adalah antara

tamadun yang terbesar di dunia. Tamadun ini

berkembang kira-kira 4500 tahun yang lampau dan

bertapak di dataran sungai yang kini terletak dalam

negara Pakistan dan di bahagian barat laut India.

Tamadun ini dikenal juga sebagai Tamadun

Harappa . Nama ini bersempena dengan nama

bandar Harappa di Pakistan, iaitu tempat ahli

arkeologi mula-mula menemui kesan tinggalan

tamadun tersebut.

UMUM 
TAMADUN

Tamadun ialah satu cara hidup yang wujud

selepas manusia memulai kehidupan di bandar

atau dalam masyarakat yang diuruskan sebagai

negeri. Perkataan Inggeris civilization (tamadun)

berasal daripada perkataan Latin civis , yang

bermaksud penduduk sesebuah bandar .

UMUM 
SUMER

Sumer, sebuah kawasan purba di selatan

Mesopotamia (kini tenggara Iraq), iaitu tempat lahir

tamadun dunia yang pertama. Tamadun ini bermula

lebih kurang pada tahun 1500 S.M. dan berkembang

hingga lebih kurang tahun 2000 S.M. Ia kemudian

diserap oleh empayar Babylon dan Assyria yang

hebat. Orang Sumer mencipta sistem penulisan

pertama dunia, iaitu satu set perkataan bergambar.

Sistem ini berkembang menjadi sejenis tulisan yang

dikenali sebagai tulisan pepaku. Ia menggunakan

simbol yang terdiri daripada tanda-tanda segi tiga.

Tulisan pepaku ini digunakan untuk menulis

pelbagai bahasa di seluruh kawasan barat daya Asia

pada zaman purba.

UMUM 
TAMADUN AEGEAN

Tamadun Aegean mencakupi empat budaya

yang berkembang di pulau dan di pesisir Laut

Aegean antara tahun 3000 S.M. hingga tahun 1200

S.M. Budaya ini dikenali sebagai budaya Cyclade,

Minos, Mycenaear, dan Trojan . Budaya Cycladik

berkembang di gugusan pulau yang disebut

sebagai Kepulauan Cyclad. Budaya Minos muncul

di pulau Crete dan budaya Mycenaean

berkembang di tanah besar Greece. Budaya Trojan

berpusat di bandar purba Trojan, yang kini terletak

di bahagian barat laut Turki.

UMUM 
ASSYRIA

Assyria, negara purba yang terletak di hulu

sungai Tigris di Mesopotamia. Bahagian utaranya

meliputi kawasan negara Iraq kini. Dalam banyak

perkara tamadun Assyria menyerupai tamadun

Babylonia lama yang terletak di selatannya. Lihat

Iraq.

UMUM 
INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU

INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU, institusi akademik bertaraf fakulti yang mempunyai kedudukan dan struktur ilmiah yang tersendiri dalam universiti. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dahulunya dikenal sebagai Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, ditubuhkan secara rasminya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1 Disember 1972. Penubuhannya ada disebut dalam buku Rancangan Malaysia Kedua.

BAHASAInstitusi/Organisasi
ANGKOR

Angkor ialah tamadun awal yang berkembang

subur di barat laut Kemboja sejak awal tahun 800-

an hingga 1400-an. Ibu negeri yang paling terkenal

bagi tamadun ini juga dinamakan Angkor atau

Angkor Thom.

UMUM 
ORIENTALISME

Orientalisme ialah satu kajian akademik yang

dilakukan oleh pengkaji, secara khusus, ahli kitab

iaitu orang Yahudi dan Kristian – mengenai Islam

dan umat Islam dari pelbagai sudut seperti sejarah,

akidah, fiqh, kebudayaan dan tamadun termasuk

tamadun timur secara umum.

UMUM 
KNOSSOS

Knossos juga dieja Cnossus, merupakan pusat

utama tamadun Minoan yang berkembang di Crete

dan beberapa pulau di Laut Aegean pada sekitar

tahun 3000 SM hingga tahun 1100 SM. Tamadun

ini dinamakan sempena nama raja legenda Raja

Minos, Crete. Knossos terletak di pantai utara

Crete.

UMUM 
1234

Kembali ke atas