TAMAN NEGARA YELLOWSTONE | Taman Negara Yellowstone di Wyoming, Amerika Syarikat ialah taman negara yang tertua di dunia. Taman ini terkenal kerana terdapat banyak keajaiban semula jadinya. Taman ini mempunyai lebih banyak geiser dan kolam air panas daripada mana-mana tempat di dunia. Antara tarikan pemandangan yang menakjubkan di Yellowstone ialah ngarai yang dalam, air terjun yang menderam, tasik yang berkilauan, dan kawasan rimba yang sentiasa menghijau, saujana mata memandang, yang diselang-seli dengan padang rumput yang luas. Taman ini meliputi kawasan seluas 900 000 hektar. Yellowstone juga ialah hutan simpan hidupan yang terbesar di Amerika Syarikat. Beruang, rusa, dan kerbau liar, bebas merayau-rayau di taman itu, helang botak, angsa, dan burung undan putih bersarang di sana. | UMUM | |
TAMAN | Taman. Kebanyakan taman merupakan sebidang tanah yang disediakan kepada orang awam untuk bersantai. Banyak taman digunakan untuk rekreasi atau sebagai tempat yang boleh dilawati oleh pelawat untuk berehat dalam persekitaran semula jadi. Sesetengah taman pula digunakan untuk acara kebudayaan dan pendidikan, sukan, rali, dan pesta. | UMUM | |
TAMAN TEMA | Taman tema ialah pusat hiburan luar yang menawarkan aktiviti tunggangan, permainan, pameran, dan pertunjukan yang berdasarkan satu atau lebih idea istimewa, atau tema. Penggunaan tema merupakan perbezaan utama di antara taman tema dan taman hiburan tradisional. Taman hiburan menawarkan pilihan pelbagai jenis hiburan, seperti pengenderaan <i> roller-coaster i>, roda ferris, kuda pusing, dan permainan sampingan termasuk baling kelapa, dan galeri sasar. Taman tema menawarkan hiburan berkaitan antara satu sama lain dengan idea yang biasa seperti hidupan liar, pengembaraan angkasa, atau cara manusia hidup pada zaman silam. Di dalam taman hiburan, pengunjung perlu membayar untuk setiap permainan, tunggangan, atau hiburan lain secara berasingan. Di dalam taman tema, pengunjung biasanya membayar sekali gus untuk masuk dan menyertai semua acara permainan dan hiburan. | UMUM | |
KEEMBUNG TAMAN | Keembung taman ialah bunga taman tahunan yang berasal dari India. Ia sering ditanam di taman. Tumbuhan ini tumbuh setinggi kira-kira 75 sentimeter, dan mempunyai batang yang tebal dan berair, dan daun berbentuk lembing berwarna hijau pucat. Bunganya berupa gugusan kelopak yang tidak malar. | UMUM | |
TAMAN PERMAINAN | Taman permainan ialah kawasan luar rumah yang digunakan untuk bermain. Kebanyakan taman permainan direka khas untuk kanak-kanak, tetapi di sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat, taman permainan juga menyediakan kemudahan bersukan untuk orang dewasa. Di negara tertentu seperti di United Kingdom, kawasan permainan yang mempunyai kemudahan bersukan dikenali sebagai padang permainan. Istilah <i> taman permainan i> biasanya bermaksud kawasan untuk kanak-kanak bermain buaian, memanjat kerangka besi dan kelengkapan permainan yang lain. Rencana ini hanya mengenai taman permainan jenis yang kedua ini. | UMUM | |
TAMAN NEGARA BANFF | Taman Negara Banff, didirikan pada tahun 1855, merupakan taman negara tertua di Kanada. Pemandangannya yang menakjubkan telah menjadi daya tarikan pelancong yang paling popular di Kanada. Taman ini mempunyai banyak lembah yang dalam, glasier, tasik dan gunung yang diliputi ais. Ia terletak di bahagian timur Pergunungan Rocky di barat daya provinsi Alberta. | UMUM | |
TAMAN NEGARA MESA VERDE | Taman Negara Mesa Verde ialah satu kawasan taman di Amerika Syarikat. Ratusan tahun dahulu, Orang Asli Amerika membina tempat tinggal di tebing kawasan penara tinggi di sepanjang tembok ngarai, yang merupakan sebahagian daripada dataran tinggi terbesar di barat daya Colorado, Amerika Syarikat. Sebahagian daripada kawasan petempatan cenuram masih lagi wujud sehingga kini. Pada tahun 1906, Kongres Amerika Syarikat telah memperuntukkan kawasan ini sebagai taman negara. Taman ini dinamakan Mesa Verde (perkataan Sepanyol bererti <i> meja hijau i>), kerana ia dipenuhi oleh hutan pokok juniper dan pokok pain piñon. | UMUM | |
TAMAN NEGARA KRUGER | Taman Negara Kruger di Afrika Selatan merupakan taman negara yang terbesar di dunia. Ia terletak di sebahagian provinsi utara dan sebahagian di Mpumalanga. Ia juga bersempadan Sungai Crocodile di selatan, Sungai Limpopo dan Luvuvhu di utara, Mozambique dan pergunungan Lebombo di timur dan kawasan selebihnya di provinsi utara dan Mpumalanga di barat. Panjang taman ini kira-kira 350 kilometer dan lebarnya 60 kilometer. Kawasannya seluas 19 455 kilometer persegi. | UMUM | |
TAMAN NEGARA YOSEMITE | Taman Negara Yosemite ialah kawasan tanah gersang yang luas di bahagian tengah-timur California, Amerika Syarikat. Taman ini terletak di pergunungan Sierra Nevada, kira-kira 320 kilometer di timur San Francisco. Terdapat kira-kira 1100 kilometer jalan denai yang kebanyakannya menuju ke “High Sierra”, iaitu kawasan tasik yang airnya berkilauan, penuh dengan jeram berarus deras, dan dikelilingi oleh puncak gunung yang berceranggah. Muzium Yosemite yang terletak di dalam taman ini mempamerkan koleksi Orang Asli Amerika dan hidupan liar di kawasan ini. | UMUM | |
TAMAN NEGARA | Taman negara ialah kawasan yang disimpan oleh kerajaan sesebuah negara untuk melindungi keindahan alam semula jadi, hidupan liar atau ciri-ciri luar biasa yang lain. Taman negara juga melindungi kawasan-kawasan yang penting dari segi budaya, sejarah, atau sains. Sesetengah taman melindungi keseluruhan persekitaran seperti terumbu karang, padang pasir, padang rumput, banjaran gunung, atau hutan hujan. | UMUM | |