PUAK | Puak ialah istilah yang digunakan untuk menyatakan kumpulan sosial manusia tertentu. Kebanyakan sarjana tidak menyukai akan istilah ini kerana ia tidak mempunyai erti yang tepat dan telah digunakan secara meluas kepada kumpulan yang amat berbeza. Tambahan pula, ada yang mengatakan perkataan puak itu menjijikkan dan tidak tepat. Kebanyakan orang lebih menggemari perkataan yang lebih neutral seperti kumpulan etnik, negara atau orang . | UMUM | |
SINDROM DOWN | Sindrom Down, sebelum ini dikenali sebagai Mongolisme, adalah satu gangguan yang wujud semasa kelahiran. Keadaan ini dicirikan oleh kecacatan mental dan ciri-ciri fizikal seperti bentuk mata juling ke atas, hidung pipih, kepala kecil, tangan pendek dan kontot. Tambahan pula, telinga dan gigi adalah kecil dan berbentuk tidak normal. | UMUM | |
SADDUCEES | Sadducees ialah anggota satu kumpulan agama Yahudi yang pernah bergiat di Judea, Palestin, sehingga tahun 70 M. Puak Sadducees mendapat pengaruh di Judea selepas Judea menjadi provinsi Empayar Rom pada tahun 63 S.M. Mereka menentang sekumpulan orang Yahudi yang dikenali sebagai Farisi dari segi kepercayaan dan amalan keagamaan. Tidak seperti orang Farisi, mereka hanya menerima hukum bertulis Bible Ibrani, dan enggan mengiktiraf Hukum Lisan sebagai wajib ke atas mereka. Tambahan pula, puak Sadducees tidak mempercayai keabadian, seperti yang dipercayai oleh orang Farisi. Mereka mengatakan bahawa roh mati bersama dengan jasad. Mereka juga percaya bahawa semua orang mempunyai kuasa memilih dan bertanggungjawab terhadap segala kebaikan atau keburukan yang berlaku pada mereka. Lihat juga Farisi. | UMUM | |
KESUSASTERAAN JEPUN | Kesusasteraan Jepun tergolong sebagai salah satu kesusasteraan agung dunia. Ia menggambarkan pelbagai ciri masyarakat Jepun, seperti kepatuhan mereka terhadap adat resam dan juga kepekaan mereka terhadap alam sekitar. Orang Jepun mungkin telah menghasilkan bahan sastera bertulis yang pertama pada tahun 500-an M. Tetapi Jepun telah begitu lama mengasingkan diri daripada dunia luar. Tambahan pula, bahasa tulisan mereka amat sukar untuk dikuasai. Oleh yang demikian, sastera Jepun hampir tidak diketahui oleh dunia luar sehingga tahun 1900-an. | UMUM | |
PRRI | PRRI, pemerintahan yang dibentuk oleh pemimpin politik dan tentera di Sumatera Tengah, Indonesia, pada 15 Februari 1958. PRRI ialah singkatan Pemerintahan Revolusioner Rakyat Indonesia dan diisytiharkan oleh Kolonel Ahmad Husein dengan Sjafruddin Prawiranegara sebagai Perdana Menterinya. PRRI dilancarkan oleh sebab timbulnya rasa tidak puas hati pemerintah daerah terhadap pemerintah pusat. Alasan utama ialah ketidakadilan dari segi pengagihan sumber kewangan yang diberikan oleh pemerintah pusat kepada daerah. Pihak daerah telah memberi sumbangan misalnya dari segi hasil eksport yang lebih besar daripada agihan yang diperuntukkan oleh pusat kepada daerah. Mereka juga menuntut supaya diperluaskan hak autonomi daerah. Tambahan pula, Presiden Sukarno semakin condong kepada Parti Komunis Indonesia (PKI). Hal inilah yang mendorong daerah untuk melepaskan diri daripada pemerintah pusat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KESUSASTERAAN AMERIKA | Kesusasteraan Amerika tidak boleh diterjemahkan dalam satu takrifan yang ringkas. Kesusasteraan ini mencerminkan banyak tradisi keagamaan, sejarah, dan budaya penduduk Amerika, salah satu daripada negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum di dunia. Ia termasuklah puisi, fiksyen, drama dan jenis karya-karya lain oleh pengarang yang bermastautin di Amerika Syarikat. Selain itu, kesusasteraan ini juga meliputi bahan bukan bertulis seperti kesusasteraan lisan orang asli Amerika serta cerita rakyat dan legenda yang telah diwarisi turun-temurun. Tambahan pula, kesusasteraan Amerika meliputi laporan bertulis tentang Amerika oleh para pendatang dan pelawat dari negara lain, selain karya penulis berketurunan Amerika yang menghabiskan sebahagian atau seluruh hidup mereka di luar negara. | UMUM | |