Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.ban] | تمبن

Definisi : sj ikan laut, Clupea spp.; ~ beluru sj ikan laut, Clupea leiogaster; ~ betul = ~ nipis sj ikan laut, Clupea peforata; ~ bontok sj ikan laut, Clupea jussieu; ~ bujur (jalur, lopek, panjang, siantan) sj ikan laut, Clupea fimbriata; ~ bulat (japuh, jebuh, jepuh) sj ikan laut, Dussumieria hasseltii; ~ cencang rebung sj ikan laut, Clupeoides lile; ~ setu sj ikan laut, Clupea dispilonotus; ~ sisik a) sj ikan laut, Clupea jussieu; b) sj ikan laut, Clupea melanura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.ban] | تمبن

Definisi : nama sj ikan laut, Clupea spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tamban

Puisi
 

Anak yu katakan tamban,
     Kalau tamban mana loncatnya;
Tuan rindu katakan demam,
     Kalau demam mana pucatnya?


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINGGANG

SINGGANG, sejenis masakan rebusan daripada bahan-bahan seperti lengkuas, serai, bawang putih, asam keping dan kadang-kadang ditambah belacan, manisan dan cili belah.  Biasanya ikan digunakan sebagai bahan penting khususnya ikan tongkol atau ikan kayu, ikan tamban dan ikan kembung.  Daging juga boleh dibuat singgang seperti yang terdapat di Johor dan bahan-bahan yang digunakan termasuklah ketumbar, cili kering, halia, lada hitam dan bawang merah yang ditumbuk.  Singgang juga disebut sebagai pindang.

BUDAYAMakanan
KEROPOK

KEROPOK, makanan ringan yang diperbuat daripada campuran tepung sagu dengan isi ikan, udang, sotong atau lain-lain dan air. Ikan yang biasa digunakan ialah ikan parang, tamban, selayang, biji nangka dan conor. Bahan-bahan lain yang digunakan ialah garam dan gula pasir. Ada juga yang memasukkan serbuk lada dan ba­wang putih semasa menggaul isi ikan. 

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas