Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tambang it


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEKSI

Teksi ialah kereta untuk disewa. Ia merupakan

sebahagian daripada sistem pengangkutan yang

penting di kota atau bandar moden. Undang-undang

tempatan biasanya menetapkan kadar yang

maksimum untuk teksi. Hampir kesemua teksi

menggunakan meter yang menunjukkan tambang

bagi jarak yang dilaluinya. Alat ini dicipta oleh

Wilhelm Bruhn pada tahun 1891. Sesetengah bandar

mempunyai tambang teksi mengikut zon. Teksi

boleh mengenakan tambang tambahan apabila

melalui sebuah zon ke zon yang lain.

Lihat juga Beca; Lanca.

UMUM 
RAJA KECIL

RAJA KECIL ( ? -1746), Sultan Johor-Riau (1718-1722). Baginda menduduki takhta kerajaan Johor pada tahun 1718 dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Menurut Sejarah Melayu, Raja Kecil mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud (Marhum Mangkat Dijulang) dan ibunya, Encik Pong. Raja Kecil dibesarkan di istana Minangkabau. Baginda mendapat kebenaran daripada Puteri Jamilan mengembara ke Tambang, Limon, Batanghari, Palembang, Johor, Lawas, Siantan, Bangka dan akhirnya pulang semula ke Minangkabau. Ketika berada di Lawas, Raja Kecil berkahwin dengan anak Dipati Mata Kucing.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CIF

CIF, nilai jualan barang di pasaran. Singkatannya berasal daripada perkataan Cost (kos), Insurance (Insurans) dan Freight (Tambang).

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep

Kembali ke atas