Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayang­nya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupa­nya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan seben­tar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar ter­bayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian pe­rasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tampak (kata kerja)
1. Bersinonim dengan nampak: dapat dilihat, kelihatan, ketara, ternyata,
Berantonim dengan ghaib

2. Bersinonim dengan muncul: timbul, terbit, menampakkan diri, memperlihatkan diri, menonjolkan diri,
Berantonim dengan tenggelam

Kata Terbitan : tampaknya, menampakkan, tertampak,

Puisi
 

Pulau Pemanggil teluk empat,
     Tampak dari Johor Lama;
Adik tinggal menunggu tempat,
     Abang pergi takkan lama.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Datang tampak muka,
     pulang tampak punggung.

Bermaksud :

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINAR ULTRAUNGU

Sinar ultraungu ialah bentuk cahaya yang tidak

boleh dilihat dengan mata kasar, yang terletak

betul-betul melepasi penghujung warna ungu

kebiruan dalam spektrum cahaya tampak.

Matahari ialah sumber semula jadi utama sinar

ultraungu. Kilat, atau sebarang percikan elektrik

yang lain di udara juga mengeluarkan sinar

ultraungu. Sinar ini boleh dihasilkan secara tiruan

dengan melalukan arus elektrik melalui satu gas

atau wap seperti wap merkuri. Sinar ultraungu

boleh menyebabkan selaran matahari.

Pendedahan yang berlebihan terhadap sinar ini

boleh menyebabkan kanser kulit. Sinar ultraungu

juga memusnahkan organisma yang berbahaya

dan mempunyai manfaat yang lain.

UMUM 
KEBUK BUNGA API

Kebuk bunga api ialah satu alatan saintifik yang

mengeluarkan bunga api sepanjang laluan yang

dilalui oleh zarah subatom yang bercas elektrik.

Melalui cara ini, laluan zarah ini menjadi tampak.

UMUM 
REKA BENTUK

Reka bentuk ialah penyusunan bahan untuk

mewujudkan sesuatu hasil atau kesan. Reka bentuk

memainkan peranan yang penting dalam semua

seni halus dan dalam penciptaan keluaran industri.

Rencana ini membincangkan konsep reka bentuk

asas yang digunakan dalam seni tampak.

UMUM 
SENI UNTUK SENI

SENI UNTUK SENI, konsep yang mementingkan unsur atau nilai seni dan keindahan kepada setiap hasil seni kreatif imaginatif yang dicipta seperti seni sastera, seni muzik, seni tari, seni tampak, dan seni lukis harus mengutamakan nilai seni atau keindahannya.

SASTERAKonsep
ANUGERAH SENI NEGARA

ANUGERAH SENI NEGARA,  penghargaan dan penghormatan yang dikurniakan oleh kerajaan Malaysia kepada seniman dan penggiat seni yang telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan seni tanah air melalui ciptaan yang bermutu tinggi dalam bidang muzik, tarian, lakonan dan seni tampak.

BUDAYAKonsep
SENI CAROLINGIAN

Seni Carolingian ialah gaya seni yang dicipta

pada akhir 700-an M. dan 800-an M. di Perancis

dan barat Jerman. Seni Carolingian mengambil

sempena nama Charlemagne, yang menjadi raja

orang Frank dari tahun 768 M. hingga tahun 814

M. Arkitek Carolingian memberi sumbangan yang

besar dari segi reka bentuk gereja dan

perancangan biara. Jurutulis Carolingian mencipta

jenis tulisan yang baru. Pada abad yang lalu,

pelukis telah memberi tumpuan kepada pola

geometri abstrak dan haiwan hebat. Pelukis,

pengarca, dan artisan Carolingian

memperkenalkan figura manusia pada latar

belakang semula jadi ke dalam seni tampak.

UMUM 

Kembali ke atas