Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pil] | تمڤيل

Definisi : = menampil ark 1. datang atau me­langkah ke hadapan (ke muka), maju ke muka: sebelum berlaku pertempuran antara dua pihak itu, tiba-tiba ~ seorang panglima dr pihak orang Musyrikin; 2. mengambil peranan, mengambil daya usaha: kita harap banyak lagi wanita kita ~ ke depan utk memenuhi lapangan ini; menampilkan 1. membawa ke muka (ke depan), memajukan, mengemukakan: maka baginda pun terlalu marah, segera ~ gajah­nya mengusir Seri Nara Diraja; penulis ~ karya yg memberatkan tema-tema persoal­an; 2. memperlihatkan, menampakkan, me­nunjukkan: orang yg berwajah murung itu kini ~ senyuman; penampilan perihal (tindakan, usaha) me­nam­pilkan (mengemukakan) seseorang atau sesuatu: kesan seninya akan mengatasi kesan ~ pengarang sbg dalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pil] | تمڤيل

Definisi : datang atau maju ke hadapan: Beliau pun ~ utk memberikan syarahan kpd pelajar-pelajar itu. menampilkan membawa ke hadapan; mengemukakan; memajukan. penampilan perbuatan, perihal dsb tampil atau menampilkan: ~ beliau di khalayak ramai mengejutkan banyak pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampil (kata kerja)
1. Bersinonim dengan datang ke hadapan: melangkah ke hadapan, mara, bergerak ke muka, maju,

2. Bersinonim dengan melibatkan diri: menceburkan diri, mengambil peranan:,

Kata Terbitan : menampilkan, penampilan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SHUARD, AMY

Shuard, Amy (1924–1975), salah seorang soprano drama Inggeris

yang terbaik. Lakonannya yang penuh penghayatan dan gabungan suaranya

yang bertenaga dan lincah menjadikannya terkenal

sebagai bintang opera. Kekuatan dramatiknya

dapat dilihat dalam persembahannya yang terbaik

dalam Turandot oleh Puccini. Dia tampil sebagai

penyanyi utama dalam opera ini di Royal Opera

House, Covent Garden pada tahun 1958. Amy

Shuard lahir di London dan belajar muzik di Trinity

College of Music.

UMUM 

Kembali ke atas