Slovakia ialah sebuah negara di tengah Eropah yang mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1993. Negara ini disempadani Poland di sebelah utara, Ukraine di timur, Hungary di selatan, dan Austria serta Republik Czech di barat. Dari tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, Slovakia dan Republik Czech merupakan rakan dalam negara yang lebih besar, iaitu Czechoslovakia. Kerajaan komunis mengambil alih tampuk pemerintahan Czechoslovakia dari tahun 1948 hingga tahun 1989. |