Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.sil]/[tam.thil] | تمثيل

Definisi : 1. persamaan sbg umpama (misal), misalan, contoh: satu ~ lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: ter­kadang-kadang ia menyanyi dan melagu­kan pula beberapa gurindam yg mengan­dungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh); mentamsilkan menggambarkan sesuatu (sbg contoh), mengibaratkan, mengumpama­kan; tamsilan contoh, ibarat, persamaan, perum­pamaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.sil]/[tam.thil] | تمثيل

Definisi : contoh atau ajaran yg terkandung dlm sesebuah cerita dll; ibarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamsil
2.
Kata Terbitan : tamsilan, mentamsilkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAMSIL

TAMSIL, bahasa kiasan yang memberikan perbandingan dengan jelas, dipersembahkan dalam ungkapan yang panjang dan mengandungi pengajaran.  Tamsil mempunyai persamaan dengan bidalan, pepatah dan perumpamaan.  Tamsil boleh diambil daripada peribahasa yang sudah terkenal, atau daripada ciptaan sendiri.  Dalam beberapa contoh, tamsil lebih mendekati `kiasan asal’, tetapi telah diluaskan dengan kata-kata yang bernas, bersifat simbolik serta mengandungi fikiran yang bijaksana.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas