Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ukuran berat yg bersamaan dgn 2240 lb (1016.05 kg) di Britain dan 2000 lb (907.19 kg) di Amerika Syarikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : satuan ukuran berat yg beratnya 2,240 paun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tan I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAN

Tan ialah nama tiga unit berlainan yang digunakan

untuk mengukur berat dan kapasiti. Unit-unit itu

ialah <i> tan panjang i>, <i> tan pendek i>, dan <i> tan metrik i>. Tan

panjang dan tan pendek sering digunakan di

Amerika Syarikat, tetapi tan metrik digunakan oleh

hampir semua negara lain. Tan panjang bersamaan

1016 kilogram, tan pendek bersamaan 907 kilogram,

dan tan metrik bersamaan dengan 1000 kilogram.

Lihat juga Pengukuran (Mengukur berat); Sistem

metrik; Timbangan dan ukuran.

UMUM 
TAN-TAN

TAN-TAN, kerajaan awal di Nusantara.  Namanya mula-mula sekali muncul dalam catatan sumber China, <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sui-shuI>, bersama-sama dengan 10 buah kerajaan lain, antaranya ialah Pan-pan, Chih-tu dan To-lo-mo, yang menghantar perutusan ke negeri China dari tahun 605 M. hingga tahun 616 M.  Lokasi kerajaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi.  Ada yang mengatakan ia terletak di India dan ada pula yang mengandaikan ia terletak di Pulau Natuna.  Menurut Paul Wheatly, Tan-tan terletak di salah sebuah kuala sungai selepas kuala Sungai Kelantan, iaitu kuala Sungai Besut atau Sungai Terengganu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
TAN CHEE KHOON, TAN SRI

Tan Chee Khoon (1919– ) ialah ahli politik yang

popular dan dikenali sebagai <I>Mr. Opposition I>

(pembangkang) kerana peranan yang dimainkannya

dalam parlimen Malaysia.

UMUM 
TAN MALAKA

Tan Malaka (1896?–1949) ialah komunis berbangsa

Indonesia. Dia memainkan peranan penting dalam

perjuangan negaranya untuk memperolehi

kemerdekaan dari Belanda.

Tan Malaka lahir di Minangkabau, Sumatera.

Nama sebenarnya ialah Sutan Ibrahim. Pada tahun

1912, ibu bapanya telah memberikan gelar <i> Tan i>

<i> Malaka i>kepadanya. Pada tahun 1913, dia melanjutkan

pelajaran ke Belanda dan dia mula tertarik kepada

Komunisme.

UMUM 
TAN TOCK SENG

Tan Tock Seng (1798–1850) menjadi pemimpin

komuniti Cina di Singapura. Pada tahun 1844, dia

dilantik sebagai jaksa pendamai.

Tan Tock Seng lahir di Melaka. Dia tiba di

Singapura pada tahun 1819. Dia memulakan

perniagaannya dengan menjual sayur-sayuran,

buah-buahan, dan ayam. Kemudian dia membuka

kedai kecil. Perniagaannya berkembang dan dia

menggunakan kekayaannya untuk membantu

pendatang Cina yang lain. Pada tahun 1844, dia

membina hospital yang pertama di Singapura bagi

membantu orang Cina yang miskin. Hospital

tersebut, yang masih lagi menggunakan namanya,

merupakan salah sebuah hospital terbesar di

Singapura.

UMUM 
TAN KAH KEE

Tan Kah Kee (1874–1961), ahli perniagaan

Singapura, dan salah seorang usahawan, dermawan

dan pemimpin politik yang terkemuka di Asia

Tenggara. Dia menubuhkan beberapa buah sekolah

di Singapura dan selatan China.

UMUM 
TAN AIK HUANG

Tan Aik Huang, pemain badminton Malaysia.

Dia lahir pada 14 Februari 1946 dan merupakan

pemegang ijazah Sarjana Muda Fizik dari Universiti

Malaya.

UMUM 
RAZALI ISMAIL, TAN SRI

Razali Ismail, Tan Sri (1939– ) ialah Presiden

Sesi ke-51, Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari September 1996

hingga September 1998. Dia ialah orang keempat

dari rantau Asia Tenggara yang dilantik ke jawatan

tersebut dalam masa 52 tahun semenjak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan

pada tahun 1945.

UMUM 
AZMAN HASHIM, TAN SRI

Azman Hashim, Tan Sri (1939– ), tokoh

korporat terkenal di Malaysia dalam bidang

perniagaan melalui entiti perniagaan yang

dimilikinya iaitu Arab-Malaysian Merchant Bank

dan Arab-Malaysian Corporation (AMCORP).

UMUM 
AISHAH GHANI, TAN SRI

Aishah Ghani, Tan Sri (1924– ), ahli politik

dan Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia (1973–

1984).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas