RAZALI ISMAIL, TAN SRI | Razali Ismail, Tan Sri (1939– ) ialah Presiden Sesi ke-51, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari September 1996 hingga September 1998. Dia ialah orang keempat dari rantau Asia Tenggara yang dilantik ke jawatan tersebut dalam masa 52 tahun semenjak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan pada tahun 1945. | UMUM | |
AZMAN HASHIM, TAN SRI | Azman Hashim, Tan Sri (1939– ), tokoh korporat terkenal di Malaysia dalam bidang perniagaan melalui entiti perniagaan yang dimilikinya iaitu Arab-Malaysian Merchant Bank dan Arab-Malaysian Corporation (AMCORP). | UMUM | |
AISHAH GHANI, TAN SRI | Aishah Ghani, Tan Sri (1924– ), ahli politik dan Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia (1973– 1984). | UMUM | |
MUHAMMAD GHAZALI SHAFIE, TAN SRI | Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri (1922– ), tokoh politik Malaysia. Dia memberi sumbangan yang besar dalam sejarah politik negara terutamanya di sebalik tabir penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963. | UMUM | |
AWANG HAD SALLEH, TAN SRI | Awang Had Salleh, Tan Sri (1934– ) ialah ahli akademik, pendidik dan penulis. Dia lahir pada 24 Jun 1934 di Balik Pulau, Pulau Pinang. Pada tahun 1951, dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim. Apabila tamat, dia menjadi guru di Sekolah Melayu Derga, Alor Setar pada tahun 1954 hingga 1956. Pada tahun 1958 hingga 1959, dia menuntut di Maktab Bahasa, Johor Bharu. Pada tahun 1961 hingga 1964, dia melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya dalam bidang sastera. Pada tahun 1969, dia menyambung pelajarannya ke Stanford University, California dan memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan dan sosiologi. | UMUM | |
ABDUL RAHMAN ARSHAD, TAN SRI | ABDUL RAHMAN ARSHAD, Tan Sri (1936- ), Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang ketiga (1985-1991). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
ABDUL TAIB MAHMUD, TAN SRI | Abdul Taib Mahmud, Tan Sri (1936- ) ialah Ketua Menteri Sarawak ke-4. Dia dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak mulai 26 Mac 1981 hingga kini menggantikan Tun Haji Abdul Rahman Ya’kub. | UMUM | |
ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI | Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996) Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang kedua (1969–1970). Dia mengetuai tentera Malaysia yang berkhidmat di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo pada bulan Mac 1962. Dia adalah antara kumpulan 17 yang menyertai Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) di London. Abdul Hamid memulakan perkhidmatannya daripada peringkat paling rendah hingga berjaya menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera pada tahun 1969. | UMUM | |
ABDUL JALIL HASSAN, TAN SRI (1914–1990), | Abdul Jalil Hassan, Tan Sri (1914-1990), pendakwah dan pendidik Malaysia. Abdul Jalil memberikan sumbangan penting dalam tilawah al- Qur’an. Dia dilantik sebagai Ahli Pengerusi Jemaah Hakim dari tahun 1965 hingga tahun 1970. Pada tahun 1969, dia dilantik sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1970, dia dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di bawah Majlis Raja-raja Melayu. Abdul Jalil juga dikenali kerana keanggotaannya dalam badan-badan Islam Antarabangsa. Dia dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Rabilah Alam Islam oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun 1966 dan dilantik oleh kerajaan Mesir pada tahun 1973 sebagai Ahli Majlis Tertinggi Majma al-Buhuth al-Islamiyah. | UMUM | |
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI | S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1 Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938 sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu dia baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949. Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai Seremban), dan mengambil kontrak memberi perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949, dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka cawangan perniagaan keluarganya di bandar tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali sebagai Java Street). | UMUM | |