AFRIKA SELATAN, PETEMPATAN (TANAH AIR) | Afrika Selatan, Petempatan (tanah air) merupakan kawasan yang dikhaskan oleh kerajaan Afrika Selatan dahulu untuk dijadikan perkampungan bagi sesetengah kumpulan penduduknya. | UMUM | |
IKATAN PEMUDA TANAH AIR | IKATAN PEMUDA TANAH AIR, pertubuhan politik kiri. Pertubuhan ini ditubuhkan pada 29 September 1947 setelah British mengharamkan Angkatan Pemuda Insaf (API). Pertubuhan ini diketuai oleh Wahi Annuar, pengarang majalah Pelopor dan juga anggota kanan New Democratic Youth League | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TANAH AIR | TANAH AIR, puisi Muhammad Yamin yang diterbitkan pada tahun 1922, untuk menyambut ulang tahun kelima Jong Sumatranen Bond (Perkumpulan Pemuda Sumatera) di Jakarta. Sebelum diterbitkan dalam bentuk buku, tiga bait sajak “Tanah Air” ini pernah dimuatkan dalam majalah Jong Sumatera pada tahun 1920. | SASTERA | Karya |
PERIKATAN PEMUDA MELAYU DI LUAR TANAH AIR | PERIKATAN PEMUDA MELAYU DI LUAR TANAH AIR, pertubuhan pemuda Tanah Melayu di Indonesia. Pertubuhan ini lebih dikenal sebagai Perikatan. Perikatan ditubuhkan di Jakarta, Indonesia pada 22 Disember 1952. Perikatan dipimpin oleh Syekh Gharieb bin Syekh Raouf (ketua umum), Ahmad bin Haji Salam (wakil ketua umum), Rukiah Itam (setiausaha jeneral) dan Yaacub Alias (setiausaha I merangkap ketua penerangan). Tujuan penubuhan Perikatan adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
AIR TANAH | Air tanah ialah air yang terdapat di bawah permukaan bumi. Ia ialah sumber air bagi telaga dan banyak mata air. Air tanah membekalkan air tawar di banyak bahagian dunia. | UMUM | |
TANAH JAJAHAN | Tanah jajahan ialah petempatan yang ditubuhkan oleh sesuatu kumpulan penduduk di luar negara asal mereka, tetapi tetap diperintah oleh tanah air mereka. Tanah jajahan ditubuhkan dengan tujuan untuk mencari lebih banyak kawasan yang dapat dijadikan tempat tinggal agar dapat mengurangkan tekanan kepadatan di tanah air mereka, untuk meningkatkan perdagangan dengan mencari pasaran bagi barang-barang buatan, untuk mendapatkan sumber bahan mentah, untuk melindungi kepentingan ketenteraan, dan untuk meningkatkan prestij negara ibunda. Hampir separuh daripada negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas tanah jajahan yang mendapat kemerdekaan sejak Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
ORANG KURDISTAN | Orang Kurdistan ialah kaum yang mendiami kawasan pergunungan di barat daya Asia. Tanah air mereka tersebar luas merangkumi sebahagian daripada kawasan di Armenia, Iran, Iraq, Syria, dan Turki. Bilangan orang Kurdistan di kawasan ini tidak dapat dipastikan, tetapi dianggarkan berjumlah kira-kira 20 juta orang. Sebahagian besar orang Kurdistan ialah pengikut Sunni. Mereka bertutur bahasa Kurdistan, iaitu sejenis bahasa Indo-Eropah yang berkait rapat dengan bahasa Parsi. | UMUM | |
MUIR, JOHN | Muir, John (1838–1914), penjelajah Amerika, ahli alamiah, dan penulis, berkempen bagi pemuliharaan tanah, air dan hutan di Amerika Syarikat. Usahanya mempengaruhi Kongres untuk meluluskan rang draf undang-undang Taman Negara Yosemite pada tahun 1890, menubuhkan Taman Negara Yosemite dan Sequoia. Muir membantu memujuk Presiden Theodore Roosevelt untuk menyediakan kawasan seluas 59 900 000 hektar untuk hutan simpan. Hutan redwood dekat San Francisco dinamakan Muir Woods pada tahun 1908 sebagai menghargai jasanya. | UMUM | |
KITARAN NITROGEN | Kitaran nitrogen ialah peredaran nitrogen di antara atmosfera, tanah, air, tumbuh-tumbuhan dan haiwan di bumi. Semua benda hidup memerlukan nitrogen, tetapi kebanyakan organisma tidak boleh menggunakan gas nitrogen (N 2 ) yang membentuk kira-kira 78 peratus daripada udara. Ia mesti menggunakan nitrogen yang telah berpadu dengan unsur-unsur lain untuk membentuk sebatian. Walau bagaimanapun, bekalan nitrogen tetap ini adalah terhad. Oleh itu, kaedah yang kompleks untuk mengitar semula nitrogen telah berlaku dalam alam semula jadi. | UMUM | |
NEGARA | Negara ialah istilah yang bermaksud sesebuah tanah air merdeka yang mempunyai nama dan sempadan geografi yang tertakrif dengan jelas. Bilangan negara merdeka telah bertambah beransur-ansur sejak Perang Dunia II (1939–1945) kerana lebih banyak tanah jajahan telah mencapai kemerdekaan. Dari segi saiz, negara-negara di dunia ialah daripada Vatican City, yang meliputi 44.0 hektar, sehinggalah Rusia, yang meliputi 17 075 400 kilometer persegi. | UMUM | |