AYERS ROCK | Ayers Rock ialah singkapan batuan yang amat besar di wilayah utara Australia. Ia muncul secara tiba-tiba dari kawasan tanah rata berpasir setinggi 335 meter. Ia terletak lebih kurang 450 kilometer di tenggara Alice Springs, 867 meter di atas aras laut. Panjang batu ini melebihi 2.4 kilometer dan lebarnya pula melebihi 1.6 kilometer. Ukuran keliling batu ini di tapaknya ialah lapan kilometer. | UMUM | |
MURMANSK | Murmansk (pend. 412 000), pelabuhan utama Rusia di Lautan Artik. Ia merupakan bandar terbesar di utara Bulatan Artik. Arus Telukan yang panas menyebabkan pelabuhan ini tidak dilitupi ais sepanjang tahun. Murmansk terletak di kawasan tanah rata, kawasan tiada berpokok di bahagian utara Semenanjung Kola. Ia bersempadan dengan Serokan Kola, cabang Lautan Artik. Untuk lokasi, lihat Rusia, (peta politik). | UMUM | |
PHOENIX | Phoenix (pend. 983 403; pend. kaw. met. 2 112 101) ialah ibu negeri dan bandar terbesar Arizona . Ia adalah pusat peranginan utama dan turut dikenali sebagai tempat membuat peralatan komputer dan elektronik. Bandar ini terletak di Lembah Sungai Salt, sebuah kawasan tanah rata yang dikelilingi gunung rendah. Phoenix diasaskan pada tahun 1870. | UMUM | |
NEGEV | Negev ialah bahagian tiga segi di selatan Israel Ia menganjur dari selatan Beersheba ke pelabuhan Elat di Teluk Aqaba. Negev ialah dataran tinggi separuh gurun, iaitu kira-kira 300 meter hingga 600 meter di atas aras laut. Kawasan ini termasuklah tanah rata dan gunung berbatu kapur. Kebanyakan kawasan Negev diliputi oleh lapisan tanah gembur yang subur. Penduduk Israel bercucuk tanam di beberapa kawasan di Negev dengan pengairan daripada air Laut Galilee. Perlombongan fosfat dan tembaga terdapat di Negev. | UMUM | |
MONGOLIA | Mongolia ialah sebuah negara yang terletak di antara China dan Rusia di timur-tengah Asia. Mongolia ialah sebuah negara berbukit bukau, tanah tinggi rata dan banjaran gunung yang tinggi meliputi kebanyakan permukaan negara itu. Gurun Gobi yang sejuk memenuhi kebanyakan bahagian tenggara Mongolia. Suhunya biasanya terlalu sejuk atau terlalu panas dan hujan turun sangat sedikit semasa ribut musim panas yang jarang berlaku. | UMUM | |
DATARAN | Dataran ialah kawasan tanah yang luas, hampir rata dan tidak terdapat perubahan ketinggian yang mendadak. Dataran biasanya lebih rendah daripada tanah di sekitarnya dan boleh ditemui di tepi pantai ataupun di kawasan pedalaman. | UMUM | |
TERUMBU PINGGIR | Pentas tidak rata di pinggir dasar laut berhampiran tanah besar atau pulau. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
PRAIRI | Prairi ialah kawasan datar atau tanah berbukit, terutamanya dilitupi oleh rumput yang tinggi. Para perintis yang mula-mula melihat prairi yang rata di Barat Tengah Amerika memerikannya sebagai “lautan rumput”. Angin bertiup lembut ke arah rumput hijau seperti permaidani itu. Di sesetengah tempat, rumput tumbuh lebih tinggi daripada orang dewasa. Kini, ladang jagung dan ladang gandum melitupi hampir sebahagian besar prairi. Tidak banyak prairi yang tidak digunakan oleh aktiviti manusia. | UMUM | |
MORAIN | Morain ialah tanah dan batu yang dibawa oleh glasier dan ditinggalkan apabila ais cair. Morain juga bermakna sekumpulan bahan di dalam glasier atau di permukaan glasier atau rabung tidak rata yang bahan ditinggalkan di tepi ais yang sedang cair. Pada setiap bahagian glasier di lembah gunung merupakan serpihan batu yang telah bergolek ke atas ais dari cerun berhampiran. Serpihan batu ini membentuk morain lateral. | UMUM | |
KILT | Kilt ialah pakaian tradisional orang lelaki di Tanah Tinggi Scotland dan Ireland. Pakaian ini berupa skirt labuh separas lutut, berlisu di belakangnya dan rata di sebelah hadapan. | UMUM | |