| HIJAZ | Hijaz, kawasan di barat laut Arab Saudi. Bandar utamanya ialah Jeddah tetapi lebih dikenali sebagai Tanah Suci Makkah. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
| ANUGERAH KESATERIA | Anugerah Kesateria. Kesateria Zaman Pertengahan bersatu dalam kumpulan-kumpulan yang disebut sebagai order . Mereka melafazkan ikrar taat setia kepada raja atau tuan mereka, dan membentuk pertubuhan ketenteraan untuk mempertahankan tanahnya daripada musuh. Ketika Perang Salib, pelbagai golongan kesateria bertempur dengan tentera Islam di Tanah Suci. Kesateria yang menyertai golongan ini bersumpah untuk hidup sebagai rahib dan juga saudara yang setia semasa peperangan. Golongan agama yang paling terkenal ialah Knights of Saint John, Knights Templars, dan Teutonic Knights. | UMUM | |
| PALESTIN, SEJARAH | Palestin, Sejarah ialah bumi Arab yang bersejarah, terletak di hujung timur Laut Mediterranean. Palestin dianggap salah satu kawasan bersejarah terkemuka di dunia kerana di situ muncul dua agama besar, iaitu agama Yahudi dan Nasrani. Ia merupakan tanah suci dan tempat yang banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang tertera di dalam kitab-kitab suci. Di Palestin juga terdapat tempat-tempat suci orang Islam, iaitu Masjid al-Aqsa, kiblat pertama dan tanah haram ketiga selepas Makkah dan Madinah serta tempat Rasulullah SAW diperjalankan dalam perjalanan Israknya. Lihat Masjid al-Aqsa. | UMUM | |
| SUNAN KALIJAGA | SUNAN KALIJAGA ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Raden Said atau Saka Setia. Dia adalah anak Tumanggung Wilatika, Adipati Tuban. Datuknya, Aria Teja III, sudah memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, dia telah menerima didikan Islam sejak kecil lagi. Malah masa remajanya banyak dihabiskan dengan menelaah kitab suci al-Qur’an serta mendalami ilmu agama. Sunan Kalijaga adalah salah seorang ahli Walisongo Tanah Jawa yang berusaha mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15. Dia adalah ulama yang sezaman dengan Sunan Bonang dan Sunan Ampel yang kedua-duanya adalah gurunya. Dia juga pernah berguru kepada Syekh Sutabaris, seorang ulama di Palembang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |