Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.na/] | تانق

Definisi : juru~ = tukang ~ orang yg memasak, tukang masak; minyak ~ minyak kelapa;bertanak 1. (sedang) memasak nasi: ibuku sudah siap ~ dan menggulai; 2. yg ditanak; nasi ~ nasi yg ditanak (bukan dikukus); bagai ~ di kuali prb bermurah-murah kpd orang lain sehingga mendatangkan kesusahan kpd diri sendiri;menanak 1. memasak nasi (dlm periuk, kawah, dll): maka dia pun ~ nasi seperiuk kecil; 2. memasak sesuatu dgn merebusnya sahaja; ~ kentang merebus kentang; ~ minyak me­masak santan kelapa utk dijadikan mi­nyak; ditanaknya semua berasnya prb Mn pe­ri­hal orang yg suka memperlihatkan ke­pan­daian atau kebijaksanaannya di hadapan orang ramai;menanakkan menanak utk: dia sempat ~ ibunya nasi sebelum pergi ke ladang setiap pagi;tanak-tanakan bermain masak-masak (bkn anak-anak);mempertanak ark menanak (nasi);petanakan sesuatu yg ditanak, masakan;sepenanak = ~ nasi waktu yg lamanya serupa dgn lama orang menanak nasi (lebih kurang 20 minit);penanak, pertanak sl orang yg menanak, tukang masak: jikalau hendak disuruh jadi ~ nasi sekalipun redalah beta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.na/] | تانق

Definisi : ; bertanak memasak nasi: Ibunya sedang ~ di dapur. menanak 1 memasak dlm periuk, kawah dll (khasnya nasi). 2 memasak sesuatu dgn hanya merebus saja: ~ kentang merebus kentang. ~ minyak memasak santan kelapa utk dijadikan minyak. penanak orang yg menanak; tukang masak. sepenanak; ~ nasi waktu yg lamanya sama dgn lama orang menanak nasi (± 20 minit). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanak
Rujuk :masak, memasak,

Puisi
 

Beras kisar mudik ke hulu,
     Tanak pulut santan durian;
Tak ada orang menyesal dahulu,
     Banyak orang menyesal kemudian.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PULUTPULUT,  sejenis beras yang lebih berkanji dan melekit yang juga dikenal sebagai beras ketan.  Pulut dimasak secara ditanak atau dikukus.  Pulut tanak kerap dimakan bersama-sama pengat durian atau di campur dengan bubur kacang seperti yang terdapat di utara Semenanjung Malaysia.  Pulut tanak juga boleh dimakan bersama-sama kelapa parut dan ikan kering goreng.BUDAYAMakanan
NASI NASI , beras yang telah dimasak. Nasi merupakan makanan asas orang Melayu. Nasi dimasak secara tanak iaitu direbus dengan air hingga kering. Ada juga nasi yang dikukus dengan menggunakan wap.BUDAYASumber/Bahan Alam
SULTAN ABDUL SAMAD

SULTAN ABDUL SAMAD (1805 – 1898), Sultan Selangor yang keempat (1857 – 1898).  Baginda adalah putera Raja Abdullah dan tanak saudara kepada Sultan Selangor yang ketiga iaitu Sultan Muhammad (1826 – 1857).  Raja Abdul Samad adalah orang yang bertanggungjawab melantik putera bongsu Sultan Muhammad Syah, Raja Mahmud sebagai raja muda (bakal sultan).  Baginda berkahwin dengan puteri Sultan Muhammad Syah lalu dianugerahkan lembah Sungai Selangor dan bergelar Tengku Panglima Raja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas