Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nam] | تانم

Definisi : cucuk ~ perihal tanam-menanam (bertani); musim ~ musim menanam padi; bertanam 1. sedang bercucuk tanam, mem­buat pekerjaan pertanian: kehidupan mereka itu memukat dan ~ padi; 2. sl mengebumi­kan, menguburkan mayat: di bawah gereja itulah tempat orang Hollanda ~ orang mati; ~ cacar bersuntik; berkotek (berketuk) di luar sangkar, ~ di luar pagar prb sesudah perkara selesai barulah terdengar keterangan atau aduan; menanam 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ben­dang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menim­buni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia me­nyum­­pah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka di­tanam orang hampir masjid; 3. = me­na­nam­­­kan menyebarkan sesuatu ajaran (faha­m­an dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah mena­nam­kan semula benih-benih kebang­saan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, mem­biak­kan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), mem­benamkan diri (dlm lumpur): puas aku men­cari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; ~ budi berbuat kebajikan (kebaikan) kpd; ~ modal mengeluarkan modal utk sesuatu per­usahaan, melabur; ~ semula menanam pokok baru utk mengganti yg tua (getah); bagai­mana ditanam, begitulah dituai prb tiap-tiap kejahatan itu, kejahatan jugalah akan balas­annya; tanam-menanam perihal menanam tumbuh-tumbuhan dll; menanami menanam sesuatu di: di atas pulau itu ditanami pelbagai kayu-kayuan, buah-buahan dan bunga-bungaan; tertanam 1. sudah ditanam (ditanamkan), termasuk ke dlm, terbenam: baru ia bertum­pu hendak melompat maka ~ ke bumi hing­ga lehernya; 2. ki tersemat di hati: apabila ~nya iman dan terlaksananya usaha utk men­dirikan masyarakat...; tanaman 1. tumbuh-tumbuhan yg biasa di­tanam (spt ubi, keladi, dll), apa yg ditanam: sebahagian drpd hasil ~nya dijual; ~ kontan tanaman yg diusahakan dlm sesuatu kawasan tanam­an utk mendapatkan hasilnya semen­tara menantikan hasil tanaman kekalnya; ~ penutup (Bio) tumbuhan (lazimnya drpd jenis rumput rampai) yg ditanam utk menghalang berlakunya hakisan serta mengekalkan kelem­bapan dan kesuburan; 2. sesuatu yg tertanam, pendaman;tanam-tanaman berbagai-bagai jenis ta­nam­­an; petanaman tempat menanam tumbuh-tum­buhan; penanaman perihal menanam (menanam­kan): petani-petani dlm mukim tersebut ber­setuju memulakan ~ padi jenis baru itu; ~ modal perihal menanam modal, pelaburan; penanam orang yg menanam (menanam­kan); ~ padi pesawah; ~ modal orang yg mengeluarkan modal (wang dll) utk menjalan­kan perniagaan dll, pemodal, pelabur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nam] | تانم

Definisi : ; bertanam membuat kerja-kerja pertanian, spt bersawah, ber­kebun: Mereka membuat bermacam-macam pekerjaan spt memukat dan ~ padi. menanam 1 membubuh, menabur atau memasukkan benih ke dlm tanah supaya tumbuh: ~ jagung. 2 menaruh sesuatu di dlm lubang dan mengambusnya dgn tanah: Mereka ~ peti itu di belakang rumah. 3 ki menyebarkan ajaran (fahaman dll); membangkitkan atau memupuk (semangat, perasaan dsb): Semangat tolong-menolong patut ditanam dlm jiwa seorang. ~ budi berbuat baik kpd (terhadap). ~ cacar memasukkan benih cacar ke dlm tubuh utk mencegah penyakit cacar. ~ modal memasukkan modal ke dlm sesuatu perusahaan. ~ semula menanam pokok yg baru utk menggantikan pokok yg lama (tua). tanam-menanam perbuatan atau hal bercucuk tanam. menanami menanam di: ~ ladang itu kelapa sawit. Ladang itu ditanami kelapa sawit. tanaman tumbuh-tumbuhan spt ubi, padi yg biasa ditanam; apa-apa jenis tumbuhan yg ditanam. ~ kontan tanaman yg ditanam terutamanya utk dijual. ~ selingan ist tanaman yg ditanam di ruang atau di celah-celah tanaman utama atau, tanaman yg ditanam semasa tanaman utama tidak ditanam. ~ tutup bumi tanaman yg ditanam (di antara tanaman utama dsb) utk menahan hakisan tanah dll. tanam-tanaman berbagai-bagai jenis tanaman. penanaman perbuatan atau hal menanam. penanam orang yg menanam: ~ padi orang yg kerjanya bertanam padi; pesawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanam
Kata Terbitan : bertanam, menanam, tertanam, penanam,

Puisi
 

Tanam limau tanam kedondong,
     Tanam mari tepi pantai;
Harimau garang jangan dikepung,
     Buat rosak sahabat handai.


Lihat selanjutnya...(99)
Peribahasa

Tanam padi tumbuh lalang,
     ayam ditambat disambar elang.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTANIAN PINDAHPelbagai sistem bercucuk tanam di sesuatu kawasan dan akan ditinggalkan apabila kesuburan tanah pupus.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKonsep
TAPAK SEMAIAN

Tapak semaian menghasilkan anak tumbuhan

untuk dipindahkan ke ladang, taman, dusun, dan

kawasan landskap. Di tapak semaian ditanam

pokok buah dan pokok hutan. Di tapak ini juga di

tanam pokok renek hiasan, bunga, tumbuhan daun,

dan sayur-sayuran.

UMUM 
MONAGHAN

Monaghan adalah kaunti di utara Republik

Ireland. Ia adalah salah sebuah kaunti daripada

tiga buah kaunti provinsi Ulster dan bukannya

sebahagian Ireland Utara. Kebanyakan muka

buminya sesuai untuk bercucuk tanam.

Perkampungan yang berselerak dan bandar-bandar

kecil terletak dalam kawasan penternakan.

Bandar Monaghan ialah pusat bandar terbesar.

UMUM 
NEGEV

Negev ialah bahagian tiga segi di selatan Israel

Ia menganjur dari selatan Beersheba ke

pelabuhan Elat di Teluk Aqaba. Negev ialah

dataran tinggi separuh gurun, iaitu kira-kira 300

meter hingga 600 meter di atas aras laut. Kawasan

ini termasuklah tanah rata dan gunung berbatu

kapur. Kebanyakan kawasan Negev diliputi oleh

lapisan tanah gembur yang subur. Penduduk

Israel bercucuk tanam di beberapa kawasan di

Negev dengan pengairan daripada air Laut Galilee.

Perlombongan fosfat dan tembaga terdapat di

Negev.

UMUM 
GETAH (RISDA)

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang

bertanggungjawab terhadap rancangan

penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan

Rubber Industry Smallholder’s Development

Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun

Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973

di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan

nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah

(LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa

Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978,

RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan

Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992,

pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian

Pembangunan Luar Bandar.

UMUM 
TASIK GEORGE

Tasik George, terletak di New South Wales,

Australia iaitu 32 kilometer di timur laut Canberra.

Tasik ini terletak kira-kira 600 meter di atas aras laut.

Apabila tasik tersebut dipenuhi air, panjangnya kira-kira

25 kilometer dan lebarnya 10 kilometer dan

meliputi suatu kawasan yang seluas 96 kilometer

persegi. Tasik tersebut menjadi kering dari semasa

ke semasa. Ketika paras hujan tinggi dan penyejatan

rendah, Tasik George dipenuhi ikan dan boleh

digunakan untuk perlumbaan bot. Pada ketika lain,

tebingnya merupakan dataran berumput yang boleh

dibajak untuk bercucuk tanam. Untuk lokasinya, lihat

New South Wales (peta).

UMUM 
NABI SULAYMAN A.S.

Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah

Sulayman ibn Daud ‘Alaihimassalam yang berasal

dari keturunan Yahudha ibn Ya’kub ibn Ishaq. Nabi

Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi

Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh

itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman

melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi

Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun

usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman

seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan

pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas

untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh

Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya

berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan

dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan

fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara

dua orang perempuan tentang kedudukan kanak-

kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam

Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman

membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik

sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa

tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah

mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis.

Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi

Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula.

Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat

penyembelihan binatang korban.

UMUM 
NETZAHUALC´OYOTL

Netzahualc´oyotl (pend. 1 256 115) ialah bandar

raya ketiga terbesar di Mexico. Netzahual´coyotl

terletak di negeri Mexico dan sempadan Mexico

City di sebelah timur. Untuk mengetahui lokasinya,

lihat Mexico (peta politik). Netzahual´coyotl

ditubuhkan pada tahun 1900 sebagai subbandar

Mexico City. Ia tidak digabungkan sebagai bandar

sehingga tahun 1963. Sejak tahun 1970, jumlah

penduduk Netzahual´coyotl meningkat dua kali

ganda. Perkembangan bandar yang cepat ini

menimbulkan masalah. Antaranya termasuk

kekurangan perumahan yang baik, kekurangan

perkhidmatan asas di bandar, dan pencemaran.

Penduduk bandar ini kebanyakannya golongan

kelas pekerja. Beberapa buah kilang pengeluar

tanam-tanaman beroperasi di sini.

UMUM 
RISDA

RISDA, agensi berkanun. RISDA ialah singkatan Rubber Industry Smallholder’s Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972 Bilangan 85. Sebelum RISDA diwujudkan, pentadbiran pekebun-pekebun kecil getah dikelolakan oleh Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama, sehingga nama LPGTS ditukar kepada RISDA menjelang tahun 1973. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Kemudian sekali lagi RISDA berpindah pentadbiran ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada penghujung tahun 1992.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas