KLCC | KLCC ialah mercu tanda negara Malaysia. Ia merupakan singkatan daripada Kuala Lumpur City Centre atau Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. la merupakan projek mega bersepadu meliputi kawasan seluas 1.67 juta meter persegi terletak di lokasi strategik di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur. KLCC menempatkan Menara Berkembar PETRONAS, Kompleks Membeli-belah Suria KLCC, Menara Maxis, Menara ESSO, Hotel Mandarin Oriental, Pusat pendinginan Daerah, Taman awam dan Masjid Asy-syakirin. Menara Berkembar PETRONAS ialah bangunan tertinggi di dunia. | UMUM | |
ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU | ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU, tempat bersemayam raja-raja Melayu. Istana merupakan lambang kedaulatan dan tanda status raja yang memerintah. Perkataan istana berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu ‘astana’ atau ‘asthaa’. Perkataan ini digunakan bagi menyebut suatu tempat tinggal, tempat kediaman tetap, tempat bersemayam dan tempat beradu. Perkataan istana digunakan bagi menyebut rumah kediaman raja-raja Melayu untuk membezakannya daripada rumah rakyat. Istana ialah pusat pentadbiran dan menjalankan aktiviti yang berhubung dengan upacara adat istiadat dan juga pertahanan. Seorang raja yang tidak mempunyai istana, tidak dihormati dan akan menjatuhkan imejnya sebagai raja yang berdaulat. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
PENGAJIAN MELAYU DI UNITED KINGDOM | PENGAJIAN Melayu DI UNITED KINGDOM, pusat pengajian bahasa Melayu. Kerajaan Inggeris, para pedagang Inggeris dan rajanya selama beberapa abad sudah mempunyai hubungan yang erat dengan dunia Melayu dan raja-rajanya. Salah satu tanda nyata yang terkemuka daripada sifat hubungan itu ialah warkah daripada Sultan Aceh, Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I yang ditulis pada tahun 1615. Warkah-warkah dari Semenanjung Tanah Melayu yang tersimpan di England menunjukkan bahawa hubungan antara orang Melayu dengan orang Inggeris pada abad ke-18 lebih erat lagi. | BAHASA | Institusi/Organisasi |