Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن

Definisi : nama (ringkasan nama) yg di­tulis oleh orang itu sendiri: pengantin lelaki itu pun menurunkan ~nya ke dlm buku Daf­tar Perkahwinan; ~ balas a) tandatangan yg diturunkan pd sesuatu dokumen, kontrak dsb yg sudah pun ditandatangani oleh orang lain; b) (Eko) tandatangan ejen berlesen atau wakilnya ke atas polisi insurans utk menjadikannya sebuah kontrak yg sah di sisi undang-undang; ~ ringkas tandatangan dgn huruf pertama (awal) nama sendiri; bertandatangan ada tandatangannya, sudah dibubuh tandatangan; menandatangani menurunkan (mem­bubuh) tandatangan pd: dlm bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dgn negeri Johor; penandatanganan perihal menandatangani (surat, perjanjian, dsb): ~ perjanjian per­sahabatan antara kedua-dua buah negara tersebut telah dilangsungkan di Kuala Lumpur; penandatangan orang yg menandatangani (surat, perjanjian, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.da.ta.ngan] | تنداتاڠن

Definisi : nama atau tanda (tulisan) yg menunjukkan nama seseorang yg ditulis oleh orang itu sendiri: Dia menurunkan ~nya ke dlm buku pelawat. bertandatangan sudah diberi tan­­­da­tangan; ada tandatangannya. me­nan­datangani menurunkan atau mem­bubuh tandatangan pd sesuatu: Dia telah ~ surat perjanjian itu. pe­nandatanganan perbuatan atau perihal menandatangani (perjanjian dsb): Majlis ~ akan diadakan pd pukul 9.00 pagi esok. penandatangan orang yg menandatangani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandatangan (kata nama)
Bersinonim dengan sain, teken, parap, tekan, ringkasan nama, coretan nama, autograf;,
Kata Terbitan : bertandatangan, menandatangani, penandatanganan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUTOGRAF

Autograf ialah apa saja yang ditulis tangan. Istilah

ini selalunya merujuk kepada tandatangan

seseorang. Walau bagaimanapun, autograf juga

boleh jadi banyak contoh tulisan, seperti surat

kiriman, dokumen, dan manuskrip. Istilah autograf

berasal dari perkataan Yunani autos bermakna diri,

dan graphein, bermakna menulis .

UMUM 
CAP

CAP, mohor untuk menurunkan bekas atau kesan tanda seperti tandatangan, nama dan sebagainya dan ditera di atas kertas, surat dan sebagainya. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindi ‘chappy’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak

Kembali ke atas