Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.di.ngan] | تنديڠن

Definisi : 1. sesuatu yg seimbang (sebanding) dgn yg lain, banding, imbang, tara: tentera Jepun itu tidak ada ~nya dlm kebera­ni­an; memang Mat Akil telah lama menjadi tandingannya; satu nikmat yg belum ada ~nya; 2. jodoh, pasangan, regu: gadis itu sesuai untuknya, memang tandingannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.di.ngan] | تنديڠن

Definisi : 1 sesuatu yg sebanding dgn yg lain; imbang: Ke­­beraniannya dlm peperangan tidak ada ~nya. 2 sesuatu yg sepadan; jo­doh; pasangan: Gadis yg cantik itu memang tepat sbg ~ pemuda yg tampan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH FATIR

Surah Fatir ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-35 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 45 ayat.

Surah ini di namakan Fatir kerana disebut dalam

satu ayat dalam surah ini. Ia adalah satu sifat yang

menggambarkan keindahan dan keanggunan

ciptaan Allah S.W.T. serta reka bentuk yang tiada

tandingan. Malah secara tidak langsung

menunjukkan keunggulan dan kehebatan kuasa

Allah S.W.T. serta keelokan ciptaan alam-Nya.

UMUM 
SKUASY

Skuasy, juga dikenali sebagai raket skuasy,

sejenis permainan yang dimainkan di dalam

dewan, yang menyerupai permainan bola baling.

Namun demikian, skuasy dimainkan dengan

menggunakan raket dan sebiji bola getah hitam

yang lompong dan keras, hampir sebesar bola golf.

Pemain akan menggunakan raket untuk memukul

bola ke empat-empat dinding gelanggang.

Berbagai-bagai gaya pukulan boleh dilakukan, dan

bola bergerak dengan amat pantas. Ramai orang

bermain skuasy sebagai riadah dan untuk

kesihatan. Tetapi permainan ini juga merupakan

suatu jenis sukan tandingan yang serius dan

menyeronokkan.

UMUM 

Kembali ke atas