TANDUK | Tanduk ialah struktur bertulang yang runcing di kepala banyak mamalia. Kebanyakan mamalia bertanduk mempunyai sepasang tanduk. Haiwan seperti lembu, biri-biri, kambing dan antelop mempunyai tanduk sebenar. Rusa mempunyai ketumbuhan bak tanduk yang bukan tanduk sebenar, yang dinamakan tanduk bercabang. | UMUM | |
TANDUK RUSA | Tanduk rusa lihat Tanduk. | UMUM | |
ILLAWARRA TANDUK PENDEK | Illawarra tanduk pendek ialah baka lembu tenusu yang keseluruhannya terdapat di Australia dan merupakan baka lembu kedua terbanyak di Australia selepas baka Jersey. Hampir satu per tiga daripada semua lembu tenusu di Australia adalah daripada baka illawarra tanduk pendek.
| UMUM | Umum |
TANDUK RUSA | TANDUK RUSA <I style="mso-bidi-font-style: normal">(platiserium koronarium)I>, sejenis pakis yang tumbuh liar di dalam hutan hujan. Tumbuhan ini juga dikenal sebagai pokok pontianak. Tanduk rusa memerlukan pokok tumpang untuk membesar. Oleh itu ia akan tumbuh di atas pokok-pokok tinggi di dalam hutan. Ia mendapat nama tanduk rusa kerana bentuk pelepahnya bercabang-cabang seperti tanduk rusa. Pelepah-pelepah yang besar ini berayun-ayun dan berjuntai ke bawah. Setiap pelepah boleh membesar sehingga 2 m panjang. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
KUMBANG TANDUK | Kumbang tanduk lihat Kumbang (gambar). | UMUM | |
BIRI-BIRI TANDUK BESAR | | UMUM | |
KORNUKOPIA | Kornukopia ialah sebatang tanduk yang melambangkan pengurniaan yang melimpah-ruah, simbol kesuburan atau daya pengeluaran alam semula jadi. | UMUM | |
TAHR | Tahr ialah nama bagi tiga spesies antelop bak kambing. Ia mempunyai tanduk yang melengkung ke belakang dan kaki bertelapak. Ia juga mempunyai bulu yang sangat tebal, berjumbai-jumbai. Tahr memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan lain. Tahr Himalaya adalah spesies yang terbesar. Panjangnya kira-kira 1.7 meter, dan beratnya lebih daripada 100 kilogram. Tahr Nilgiri di selatan India mempunyai bulu berwarna gelap. Tahr jantan mempunyai tompok pelana berwarna perak di belakangnya. Tahr Arabia di Oman adalah spesies yang terkecil. Ia berbulu perang. Pengelasan saintifik . Tahr tergolong dalam famili Bovidae. Ia membentuk genus <i> Hemitragus jemlahicus i> , tahr Nilgiri ialah <i> H. hylocrius, i> dan tahr Arabia ialah <i> H. jayakar. i> | UMUM | |
STAGHORN | Staghorn ialah nama bagi 20 spesies terutamanya dari kawasan tropika, lembap. Pakis ini mendapat namanya daripada fron daun utama daun berbentuk seperti tanduk rusa. Terdapat juga satu lagi jenis daun yang leper atau berbentuk mangkuk dan tumbuh keluar daripada pangkal pakis. Daun ini mengumpul air dan humus. Daun utama mengandungi spora pembiakan. | UMUM | |
KUMBANG HERCULES | Kumbang Hercules ialah nama bagi beberapa spesies kumbang besar. Kumbang jantan mempunyai tanduk panjang yang terunjur dari kepala dan bahagian atas badan. | UMUM | |