DINASTI TANG | Dinasti Tang ialah satu siri pemerintah yang memerintah China dari tahun 618 hingga 907 M. Kebanyakan ahli sejarah menganggap zaman dinasti ini ialah zaman keemasan bagi tamadun China. | UMUM | |
LI YUAN | Li Yuan (566–635 S.M.), maharaja China yang mengasaskan Dinasti Tang (618–907 S.M.). Ahli sejarah menganggap dinasti ini sebagai salah satu zaman yang teragung dalam sejarah China. Li Yuan memerintah dari tahun 618 S.M. hingga tahun 627 S.M. Baginda memperkuatkan kawalan Tang terhadap bahagian tengah dan selatan negara China yang memberontak dan mengalahkan serangan tentera Turki dari utara. | UMUM | |
CANJUNXI | Canjunxi, opera tradisional yang popular pada zaman Dinasti Tang (618 M-907 M). Ia dipersembahkan untuk menggambarkan suasana politik dan masyarakat pada masa itu. | KESENIAN | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
MALAYU | MALAYU, kerajaan tua yang pernah wujud di pesisir Sumatera Timur sekitar abad ke-7 M. Dalam catatan I-Tsing, pendeta Buddha China, ‘Malayu’ dikenal sebagai <I style="mso-bidi-font-style: normal">Mo-lo-yoI>. <I style="mso-bidi-font-style: normal">Sejarah Baru Dinasti TangI> mencatatkan bahawa kerajaan Malayu pernah menghantar perwakilan ke istana Dinasti Tang pada sekitar tahun 645 M. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
HAN YU | Han Yu (768 M-824 M), sasterawan yang terkenal pada zaman Dinasti Tang (618 M-907 M). | SASTERA | Tokoh |
BIANWEN | Bianwen, karya sastera daripada teks Kitab Buddha. Ia wujud pada zaman Dinasti Tang (618-907 M). | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
LIU ZONGYUAN | Liu Zongyuan (773 M–819 M), sasterawan zaman Dinasti Tang (618 M-907 M). Nama penanya ialah Zihou. | SASTERA | Tokoh |
LI BAI | Li Bai (701–762 M), pujangga agung pada zaman Dinasti Tang. Beliau juga dikenali sebagai Taibai dan Qinglian Penganut Buddha. | SASTERA | Tokoh |
JINTI SHI | Jinti Shi, sejenis puisi yang muncul pada zaman Dinasti Nam Chao (420 M–589 M) dan mencapai kegemilangannya pada Dinasti Tang (618 M–970 M). <I style="mso-bidi-font-style: normal">Jinti ShiI> dibahagikan kepada dua jenis, iaitu <I style="mso-bidi-font-style: normal">lushiI> dan <I style="mso-bidi-font-style: normal">juejuI>. | SASTERA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ENAKMEN TANAH PADI 1917 | ENAKMEN TANAH PADI 1917, undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Melayu Bersekutu di Kuala Kangsar pada 24 Julai 1917 dengan tujuan untuk menyekat penanaman getah di tanah bendang. Enakmen No. 2 Tahun 1917 ini berkuat kuasa ke atas tanah yang didaftarkan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, iaitu Perak, Selangor dan Pahang. Bagi Negeri Sembilan, terdapat perbezaan dalam pentadbiran undang-undang tanah. Tang demikian suatu undang-undang yang hampir sama dengan enakmen ini diluluskan kemudiannya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |