Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menanggap 1. memerhatikan (melihat, mendengar) dgn teliti, memerhati­kan sungguh-sungguh, mengecamkan; 2. ark menyuruh memainkan (pertunjukan, wayang gambar, dll) di rumah sendiri dgn membayar upahnya; 3. menangkap atau menerima dgn pan­caindera (spt melihat, mendengar, merasai, dll), mencerap; bertanggapan mempunyai tanggapan; menanggapi 1.menerima atau menyambut: (kata-kata, kecaman, dsb): Panitia Ejaan ber­usaha ~ reaksi-reaksi itu dan jawaban-jawaban yg dimuat dlm karangan ini; 2. memahami: politik antarabangsa ditanggapi sbg perbuatan merebut kuasa di kalangan semua negara; menanggapkan ark membayangkan atau menggambarkan dlm hati (fikiran); tanggapan 1. apa yg diterima oleh panca­indera, gambaran (bayangan) dlm hati, cerap­an: sifat pedas adalah ~ indera perasa, dipertunjukkan juga pd suara atau kata; suka saya bincangkan satu persoalan yg me­nunjuk­kan satu kekeliruan terhadap ~ isi kebudayaan ini; 2. = tetanggapan pertun­jukan (wayang golek dll); penanggapan perbuatan (cara dsb) menang­gap, pencerapan; penanggap orang yg membuat tanggapan terhadap sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanggap
Kata Terbitan : menanggapi, tanggapan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NOVA

Nova merupakan letupan yang menyebabkan

sebutir bintang menjadi terlalu cerah sehingga

mencapai 10 000 hingga 100 000 kecerahan

matahari. Bintang tersebut boleh bersinar secerah

itu selama sebulan atau lebih lama sebelum

beransur-ansur pudar kepada kecerahannya yang

asal. Sesuatu nova menghamburkan jisim gas dan

debu yang besar ke angkasa. Perkataan <i> nova i> berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud <i> baru. i>

Manusia pernah tersalah tanggap kerana

menyangka nova sebagai bintang baru.

UMUM 

Kembali ke atas