Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEKLARASI SEJAGAT HAK ASASI MANUSIA

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia

diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.

Ia mengandungi tanggungjawab sivil, ekonomi,

politik dan hak sosial serta kebebasan setiap

manusia di dunia ini. Deklarasi Sejagat Hak Asasi

Manusia ini menyatakan bahawa semua manusia

dilahirkan bebas dan mempunyai maruah dan hak

yang sama. Pengenalannya menyatakan bahawa

deklarasi ini dibuat berfungsi sebagai standard

umum pencapaian untuk semua manusia dan

semua negara.

UMUM 
PANGERAN DIGADONG

PANGERAN DIGADONG, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei.  Gelaran penuh wazir ini ialah Duli Pangeran Digadong Sahibul Mal. Jawatan ini wujud sejak pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619).  Fungsi dan tanggungjawab Pangeran Digadong ialah mengurus dan mentadbir khazanah negara, mengawasi kedudukan dan perjalanan hasil negeri serta kesejahteraan sosial rakyat. Dalam melaksanakan tugas ini, Pangeran Digadong berkewajipan mendengar dan menerima segala aduan rakyat dan membuat laporan untuk dipersembahkan kepada sultan dan memberi nasihat bagaimana sesuatu masalah itu boleh diatasi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
BRANDT, WILLY

Brandt, Willy (1913–1992) ialah canselor

Jerman Barat yang dipilih pada tahun 1969. Dia

meletakkan jawatan pada tahun 1974, selepas

salah seorang daripada penolongnya didapati

menjadi perisik Jerman Timur. Walaupun

Brandt menafikan apa-apa pengetahuan tentang

kegiatan merisik penolong itu, dia menerima

sepenuh tanggungjawab mengenainya. Sebelum

berkhidmat sebagai canselor, Brandt menjadi naib

canselor dan menteri luar dari tahun 1966 hingga

tahun 1969. Dia adalah datuk bandar Berlin Barat

dari tahun 1957 hingga tahun 1966.

Pada tahun 1971, Brandt menerima Hadiah Nobel

Keamanan kerana usahanya untuk mengurangkan

ketegangan antara negara-negara Komunis dengan

bukan Komunis. Di bawah Brandt, Jerman Barat

menandatangani persetiaan tidak mencerobohi

Kesatuan Soviet dan negara-negara lain di Eropah

Timur. Kerajaannya berusaha untuk memulihkan

hubungan antara Jerman Timur dengan Jerman

Barat dan untuk mengurangkan ketegangan antara

Berlin Timur dengan Berlin Barat.

Semasa mudanya, Brandt menyertai Parti

Demokratik Sosial dan secara terbuka menentang

UMUM 

Kembali ke atas