KESUBURAN TANIH | Kesuburan tanih, keupayaan tanih membekalkan nutrien atau zat makanan yang diperlukan oleh tumbuhan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
TANIH ASID SULFAT | Tanih bersifat asid. Lazim di dataran pantai yang selalui dibanjiri air laut. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
PODZOL | sejenis tanih yang biasa dijumpai di kawasan pantai dan kawasan yang lebih nyaman di Australia atau di New Zealand. | UMUM | |
SEMAK | Tumbuhan rendah di kawasan kurang hujan atau tanih yang subur. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
KITAR FOSFORUS | Kitar fosforus ialah peredaran fosforus antara batu-batan, tanih, sungai, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan yang terdapat di bumi. Manusia dan semua organisma lain memerlukan forforus untuk hidup. | UMUM | |
DEERE, JOHN | Deere, John (1804–1886) ialah pereka dan pengusaha Amerika. Pada tahun 1837, dia mencipta bajak keluli pertama yang mampu membalikbalikkan tanih prairi Amerika yang padat. | UMUM | |
KESOTAN | Kesotan, pergerakan puing atau kumin tanih secara perlahan-lahan melalui cerun akibat tindakan graviti. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
AIR BAWAH TANAH | Air bawah tanah, air di bawah permukaan bumi yang tersimpan dalam takungan di zon tepu yang kesemua liang atau lohong di antara kumin tanih dipenuhi air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
KELODAK | Kelodak ialah bahan berpasir halus dan berselut yang terdiri daripada zarah halus batuan yang mendap ke bahagian dasar sungai dan kumpulan air yang lain. Bahan yang mendap di dalam air atau udara dikenali sebagai enapan. Contoh enapan yang biasa ialah tanah liat, kelodak, pasir, tanih, dan kelikir. Kelodak terdiri daripada zarah halus yang berbeza-beza saiznya, iaitu bergaris pusat daripada 0.004 milimeter hinggalah 0.0625 milimeter. Kebanyakan tanah yang mengandungi longgokan lanar adalah subur. | UMUM | |
HUMUS | Humus ialah bahan organik yang telah terurai atau yang sedang mengalami penguraian di permukaan atau di bawah permukaan tanih. Bahan organik berasal daripada sisa tumbuhan dan haiwan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |