Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nin] | تانين

Definisi : (Kim) sj bahan yg diperoleh drpd kulit kayu dan digunakan utk menyamak kulit dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nin] | تانين

Definisi : ist bahan yg berasa pahit, yg terdapat pd daun, kulit kayu, buah yg belum masak, dsb, digunakan dlm pengawetan kulit binatang, dan dlm membuat pewarna dan dakwat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASID TANIK

Asid tanik, juga dikenali sebagai tanin , adalah

satu kumpulan bahan kimia yang terdapat dalam

batang, daun, buah, akar dan bahagian lain pokok.

Tanin didapati daripada pokok seperti oak, bakau,

wittle, chestnut, hemlock dan quebracho.

UMUM 
QUEBRACHO

Quebracho ialah sejenis pokok yang tumbuh di

Amerika Selatan terutamanya di Argentina dan

Paraguay. Kayu pokok ini mengandungi 20 peratus

hingga 30 peratus tanin.

UMUM 
TEH LABRADOR

Teh Labrador ialah nama bagi enam spesies

tumbuhan malar hijau yang kecil dalam famili

heather . Ia tumbuh di kawasan bencah di Eropah

Utara, di utara dan subartik Amerika Utara, dan

Greenland. Daunnya mempunyai bahan narkotik

yang tidak kuat dan digunakan sebagai teh dan

sebagai ganti hop untuk membuat bir. Tanin, yang

digunakan untuk menyamak kulit haiwan, juga

datangnya daripada daun ini.

Pengelasan saintifik. Teh Labrador adalah anggota

famili heath, Ericaceae. Ia tergolong dalam genus Ledum.

Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang

dan hutan).

UMUM 
SUMAC

Sumac ialah nama bagi sekumpulan pokok kecil

dan pokok renek dalam famili gajus. Sesetengah jenis

sumac adalah beracun, tetapi jenis-jenis lain tidak

beracun dan mempunyai kegunaan komersial.

Contohnya, sesetengah spesies di timur Asia, seperti

sumac Cina, adalah sumber penting lakuer dan lilin

semula jadi. Pokok asap biasa di selatan Eropah dan

Asia membekalkan tanin, iaitu bahan yang digunakan

dalam menyamak dan mencelup. Puru (ketumbuhan)

sumac potanin Cina digunakan untuk membuat

dakwat.

UMUM 

Kembali ke atas