Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tan.ta.lum] | تنتالوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk membuat radas kimia dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tan.ta.lum] | تنتالوم

Definisi : ist unsur logam berbentuk serbuk hitam atau pepejal berwarna biru kekelabuan, digunakan utk membuat kapasitor, radas kimia, tiub vakum, atau sbg mangkin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tantalum


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANTALUM

Tantalum ialah unsur kimia dengan simbol Ta. Ia

adalah logam nadir. Pada suhu normal, lapisan

tantalum oksida terbentuk pada permukaan

tantalum dan melindunginya daripada kakisan.

Industri elektronik menggunakan tantalum dalam

pembuatan kapasitor kerana lapisan tantalum

oksida adalah penebat yang baik.

UMUM 
NIOBIUM

Niobium juga dikenali sebagai kolumbium ,

mempunyai simbol kimia Nb. Niobium ialah unsur

logam yang lembut, berwarna putih perak atau

kelabu. Dalam alam semula jadi, niobium wujud

bergabung dengan tantalum , satu lagi jenis logam

nadir. Pembuat menggabungkan niobium dengan

nikel dan keluli untuk membuat bahan struktur yang

kuat yang tahan terhadap suhu tinggi. Niobium juga

digunakan dalam teras reaktor nuklear tertentu

kerana ia membolehkan neutron tembus dengan

mudah dan boleh tahan terhadap bahan pendingin

reaktor suhu tinggi. Pada suhu yang benar-benar

rendah, niobium menjadi pengalir lampau, dan

digunakan untuk membuat magnet pengalir lampau.

UMUM 

Kembali ke atas