Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang laut (berbentuk spt bintang), Asterias rubens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), bersih hitam, tutup bumi, Elephantopus scaber; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gambar bintang yg bersegi enam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj binatang laut yg berbentuk spt bintang, Asterias rubens. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAPAK SULAIMAN

Tapak sulaiman, juga dikenali sebagai bintang

laut, ialah haiwan laut yang berduri kulitnya yang

mempunyai unjuran yang tebal bak lengan pada

badannya. Kebanyakan spesies tapak sulaiman

mempunyai lima “lengan” dan kelihatan seperti

bintang lima bucu. Sesetengah spesies mempunyai

40 lengan atau lebih. Tapak sulaiman hidup dalam

semua lautan di dunia.

UMUM 
EKINODERMA

Ekinoderma ialah nama umum haiwan laut

tertentu yang berkulit tajam. Terdapat lebih

kurang 5000 jenis ekinoderma. Tapak sulaiman,

tapak sulaiman rapuh, bulu babi, landak laut dan

timun laut adalah antara jenis yang paling biasa.

UMUM 
PERTUMBUHAN SEMULA

Pertumbuhan semula pada tumbuh-tumbuhan

dan haiwan, ialah keupayaan untuk menggantikan

bahagian yang hilang atau yang rosak dengan

tumbuhan bahagian yang baru. Pertumbuhan semula

selalunya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan. Jika

pohon atau pokok renek dicantas berhampiran

dengan pangkalnya, pucuk baru mungkin tumbuh

daripada tunggulnya. Di kalangan haiwan, span,

snidaria, dan cacing ringkas menunjukkan kuasa

pertumbuhan semula yang luar biasa. Ia boleh

dipotong kecil-kecil dan setiap potongan boleh

tumbuh menjadi haiwan yang baru. Tapak sulaiman

boleh tumbuh tangan yang baru. Udang krai, ketam,

dan lain-lain haiwan berkaitan boleh tumbuh cakar,

mata, dan kaki yang baru.

UMUM 

Kembali ke atas