Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kuih ~ sj kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = minyak ~ benda pekat dan lekit yg berwarna hitam dan biasanya digunakan utk melapisi jalan raya dll. bertar dilapisi tar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tar I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAR

Tar ialah mana-mana kumpulan cecair yang pekat,

berminyak, berwarna perang tua atau hitam.

Kebanyakan tar adalah keluaran sampingan proses

penukaran bahan organik seperti batu arang,

petroleum atau kayu menjadi keluaran

perindustrian yang berguna.

UMUM 
TAR BATU ARANG

Tar batu arang ialah cecair pekat, hitam dan

melekit. Ia diperoleh sebagai keluaran sampingan

dalam pembuatan kok, dan gas relau kok daripada

batu arang lembut. Tar batu arang didapati dengan

<i> memeluwap i>sebahagiannya bertukar (kepada

cecair) wap panas daripada relau kok atau

pengeluar gas batu arang.

UMUM 
KREOSOT

Kreosot ialah cecair berminyak yang pekat

yang dibuat dengan cara menyuling tar kayu atau

tar arang.

UMUM 
STOR KAPAL

Stor kapal. Pada masa kapal kayu digunakan,

istilah <i>stor kapal i>merujuk kepada tar dan gala-gala.

Dua bahan ini penting untuk membina kapal. Kini,

istilah stor kapal termasuklah damar, turpentin,

gala-gala, dan hasil tar daripada pokok pain dan

beberapa pokok damar.

UMUM 
PASIR BITUMIN

Pasir bitumin juga dikenali sebagai <I>pasir tarI>,

merupakan longgokan pasir yang mengandungi

bitumin. Bitumin ialah bahan seperti gam berwarna

hitam untuk membuat kok, gas, dan minyak.

UMUM 
NAFTA

Nafta ialah mana-mana cecair yang hanya terdiri

daripada atom hidrogen dan karbon yang mendidih

di bawah 200°C. Nafta yang diperoleh semasa

penapisan petroleum dicampurkan untuk membuat

petrol. Sesetengah jenis nafta digunakan untuk

melarutkan getah dan untuk mencairkan cat dan

varnis. Yang lain digunakan sebagai bahan

pembersih dan sebagai bahan dalam pembuatan

gas artifisial. Nafta boleh dihasilkan apabila tar batu

arang, iaitu bahan melekit yang dibuat daripada

batu arang lembut disuling. Nafta tar batu arang

digunakan sebagai bahan pelarut dan dalam

pembuatan rebin <I>sintetik I>(artifisial). Nafta tulen

mudah meletup apabila terdedah kepada api.

UMUM 
MERAH SENDUDUK

Merah senduduk ialah warna ungu pucat atau

pewarna ungu yang lembut warnanya. Pada tahun

1856, W.H. Perkin, ahli kimia Inggeris menemui

bahawa pengoksidaan <i>anilina i>dan <i>kalium dikromati>

menghasilkan pewarna merah senduduk (lihat

Pengoksidaan). Warna merah senduduk ialah

campuran bahan yang diterbitkan daripada

fenazina. Ini merupakan warna sintetik yang

pertama yang diperoleh daripada tar batu arang.

UMUM 
TUAK

TUAK, sejenis minuman masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak. Minuman ini boleh memabukkan. Tuak diperbuat daripada nira kelapa, nira tar, nira enau (kabung), nira nipah, juga daripada air tebu dan nanas. Di negeri-negeri Asia, tuak daripada nira kelapa paling terkenal. Semua tuak tersebut dapat dijadikan cuka tetapi yang terbaik ialah cuka daripada tuak nipah.

BUDAYAKonsep
GERSON POYK

GERSON POYK ( 1931 -        ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 16 Jun 1931 di Namodale, Kota Ba’a, Pulau Rote, Nusa Tenggara Timur, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Gerson Gubertus Poyk dan dalam penulisan, dia menggunakan tiga nama samaran iaitu Julia Haning, Bertus dan La Tirka Tar. Pendidikan tingginya ialah Sekolah Guru Atas di Surabaya dari tahun 1953 hingga tahun 1956. Sewaktu di sekolah Guru Atas inilah dia mula tertarik dengan bidang kewartawanan dan kesusasteraan. Di samping bertugas sebagai guru, dia giat menulis  cerpen yang disiarkan dalam akhbar dan majalah.

SASTERAInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas